Friday, June 20, 2014

Holiday @ Sungai Besar/ Sabak Bernam/ Sekinchan/ Tanjung Karang & Kuala Selangor

Day 1 (Khamis 12/06/2014)

Percutian singkat kali ini hanya mengambil masa 2 hari 1 malam di D'muara Marine Park, Sungai Besar, Selangor. Kami bercadang memperkenalkan anak-anak dengan cara kehidupan di kampung. Sebelum percutian, saya telah membahagikan tugasan untuk anak-anak. Inibertujuan untuk mengajar mereka akan erti tanggungjawab. Fendi - hal2 pengangkutan; Hawa - tempat2 menarik yang akan dilawati, itenarary; Adam - persediaan mengambil foto2 menarik dan jurugambar; Saya - penyediaan bajet, tempat2 menarik, barang keperluan untuk dibawa.

Itenerary yang kami sediakan adalah seperti di bawah, namun, tidak kesemuanya dapat diikuti. Walaubagaimanapun, hampir kesemua makanan dan tempat makan kami dapat pergi kecuali ladang mangga/limau, sungai nibong, nasi ambeng dan makan ikan bakar di Jeram.

Itenarary percutian yang saya sediakan (sepatutnya tugas Hawa)

Khamis (12/06/2014)
8:00 pagi : Sarapan pagi di gerai siti Singgahchan
8:30 pagi : Bertolak dari Taman Sri Nanding ke Bukit Melawati, Kuala Selangor
10:00 pagi : Tiba di Bukit Melawati. Bersiar-siar, melawat tempat bersejarah. Memberi makan monyet/ lotong
11:00 pagi : Menikmati Cendol Durian Borhan @ Pasir Penambang
11:45 pagi : Bertolak ke Sekinchan
12:15 tgh : Makan tengahari di Restoran Eksotik Lembah Bernam @ Pt 9, Sungai Leman, Sekinchan
2:00 ptg : Checkin D’Muara Marine Park. Berehat di homestay. Solat
3:30 ptg : Bersiar2 di pekan Sungai Besar, Sawah padi, produk IKS
5:00 ptg : Bertolak ke Restoran Kuala Kurau@ Medan Sg Besar utk menikmati char kue teow, mentarang, ikan bakar dll
7:00 mlm : Menikmati pemandangan matahari terbenam di resort. Mandi, solat maghrib
8:00 mlm : Jalan2 cari makan @ pekan sungai Besar

Jumaat (13/06/2014)
6:00 pagi : Menikmati pemandangan matahari terbit di pantai
8:00 pagi : Sarapan pagi di gerai kampung berhampiran
8:30 pagi : Melawat ladang manga @ Sungai Limau, sawah padi. Membeli sayuran kampong/ ikan etc, Pasar Sungai Haji Dorani,Pasar Awam Sungai Besar
12:00 tgh : Checkout. Singgah di Pantai Batu 23, Sungai Nibong. Bertolak ke Tanjung Karang
1:00 tgh : Solat Jumaat/ Zohor
2:00 tgh : Makan tengahari di Warung Ibu @ Tanjung Karang – Nasi Ambeng / Soto, mee udang
2:30 ptg : Ke rumah Ame Kamarudin di Sungai Sireh. Cendol Bakar @ Kg Assam Jawa. Ke Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram utk makan seafood
4:00 ptg : Bertolak pulang ke Taman Sri Nanding

Jam 8:00 tepat kami bertolak dari Taman Sri Nanding. Makan pagi di gerai Misai (sebelah Siti Singgah). Selepas sarapan, teruskan perjalanan ke Bukit Melawati. Mula-mula kami bercadang untuk menaiki tram untuk ke atas, tetapi disebabkan hari tersebut bukan hari minggu dan kami sampai awal (jam 10:30 pagi), kami terus sahaja drive ke atas bukit tersebut. Sesampai di atas puncak, kami park kereta dan terus menyaksikan peninggalan penjajah Belanda di Selangor iaitu meriam. Banyak meriam yang dipamerkan di luar dan di dalam muzium. Banyak kera yang berkeliaran di sini.Kera di sini jinak-jinak. Kami beri pisang dan kacang kepada mereka. Merka sungguh gembira (agaknya lah..hehhe)
Selesai melawat Bukit Melawati, kami ingin membasahkan tekak di kedai Cendol Durian Borhan di Pasir Penambang.Cendol durian di sini enak dan pekat. Tetapi agak manis. Sesiapa yang kencing manis, tidak digalakkan makan cendol ini...

Selepas menikmati cendol, kami meneruskan perjalanan ke Sekinchan. Destinasi yang dituju ialah restoran Lembah Bernam yang menyediakan makanan eksotik seperti landak, rusa, pelanduk, ayam hutan, ikan baung dan sebagainya. Kami tiba di sana pada jam 12:30 tengahari. Perut kami masih kenyang lagi.Tetapi memandangkan kami boleh checkin bilik penginapan pada jam 2:00 petang, dan lokasi resort pula di singai Besar, kami teruskan juga makan tengahari di sini. Kami memesan rusa masak black pepper, pelanduk masak lemak cili api, ayam hutan goreng kunyit dan ulam-ulaman. Nasi dihidang dalam mangkuk, jadi kami hanya ambil nasi sedikit sahaja. Emmm... sedapnya ayam hutan, rusa dan pelanduk... Walaupun lokasi restoran yang agak jauh dan hari tersebut adalah hari bekerja, restoran ini penuh dengan pelanggan. Kami dapat duduk di pondok dan makan secara bersila (macam dulu masa kecik).

Selesai makan kami terus ke resort D'Muara marine Park. Selepas checkin, kami terus masuk bilik apartment. Ada 2 bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin. Ruang tamu kecil sahaja. Tv tiada astro. Dapur tiada peralatan memasak langsung kecuali ada heater untuk masak air panas serta coffee mix. Meja kayu di dapur telah usang dan bergoyang. Bilik air ada 1 sahaja tetapi besar dan bersih. Ruang tamu ada sofa 2 seater. Keadaan rumah keseluruhannya bersih tetapi banyak peralatan yang usang. Antaranya :
1. Sofa - telah haus dan tiada lagi sepan menyebabkan tidak selesa untuk diduduki
2. Meja dapur - bergoyang teruk, macam nak roboh
3. Meja sisi di bilik - lacinya telah tercabut
4. Air aircond di bilik kedua - air menitik

Selepas berehat dan solat zohor jamak, kami keluar ke pasar sg haji dorani. Beli keladi, sukun, petai dan belacan. Selepas itu, kami ke pantai Bagan Nakhoda Omar yang terkenal dengan keenakan Mee Udangnya. Perut kami yang masih kenyang lagi menyebabkan kami hanya menyaksikan keindahan pantai sahaja. Sara pula tidur, jadi hanya saya, ibu dan Adam yang bersiar2 di sini. Adam beli pototao spring. Kami hanya duduk di pondok sambil menyaksikan kana2 bermain layang-layang. Ada seorang pakcik yang sedan mengail ikan. Dapat seekor ikan belukang katanya.. Balik ke bilik dalam pukul 7:00 petang. Malam kami makan malam di restoran d'muara bersebelahan dengan apartment kami. Kami makan mentarang tumis, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, sup daging dan sayur kailan. Sedap juga makan di sini.

Di antara gambar-gambar kami pada hari pertama percutian kami:


Cendol Durian Borhan.. Mmmmm tak terkata kesedapannya..

Daging rusa masak black pepper.. Sedap

Kera jantan sedang makan kacang..

P.E.A.C.E...

Pondok makan di Restoran Lembah Bernam...

RESTORAN LEMBAH BERNAM...

Hawa dan ibuku...

Pemandangan di puncak Bukit Melawati.Kami duduk di atas meriam besi peninggalan penjajah pada zaman dahulu.Kalau tak silap masa zaman penjajahan Belanda


Day 2 (Jumaat 13/06/2014)

Selepas solat subuh, saya dan Fendy keluar bersiar-siar di jeti nelayan di hadapan apartment kami. Kelihatan 2 orang budak lelaki dan seorang dewasa sedang memancing. Mereka datang dari Shah Alam, dan tinggal di resort itu juga. Pagi itu cuacu agak mendung, jadi matahari terbit tidak begitu kelihatan. Selepas itu kami terus ke pasar Sg Dorani untuk membeli sedikit kuih utk kami bersarapan pagi.

Jam 9:30 setelah anak-anak bangun tidur, kami bertolak ke Sungai Besar. Singgah ke kilang Nata De Coco iaitu Nandong Food Industries. Harga nata de coco di sini ialah RM10 untuk 3 baldi. Setiap baldi seberat 1.5 kg. Kami beli 3 baldi dan sedikit kerepek. Destinasi seterusnya ialah pasar awam Sungai Besar. Kami beli siput sedut. Harga udang di sini begitu murah. Harga udang besar dari laut, berharga RM38/sekilo. Harga udang in di pasar sg Dorani yang kami survey semalam petang adalah RM50/sekilo. Tapi saya tak beli pun udang sebab tak berapa minat makan udang. Kami hanya membeli 2 paket siput sedut untuk dimasak bersama keladi yang telah dibeli di pasar sg dorani semalam.
Selepas melawat pasar awam sungai besar, kami terus ke restoran Kuala Kurau untuk bersarapan pagi. Di restoran ini ada menyediakan beberapa stall yang menjual masakan yang berlainan. Diantaranya gerai cucur udang, gerai roti canai, gerai char kue teow, gerai rojak mee, dan ada beberapa lagi... Kami semua makan char kue teow... Fuh... sedapnya. Ada 3 ekor udang dalam setiap pinggan. Rasa nak rasa rojak mee, tapi apa kan daya, perut dah kenyang...

Destinasi seterusnya, berjalan di sawah padi di sekitar Sekinchan/ Tanjung Karang. Kami beli sekilo mentarang yang bersaiz L yang berharga RM12 sekilo di gerai tepi jalan. Adui...mahalnya, semalam petang di pasar sg dorani harganya hanya RM7 sekilo tetapi saiznya M lah... Selepas itu kami masuk ke kawasan sawah padi.Pemandangan di sawah padi sangan cantik. Burung-burung berterbangan sedang mencari mangsa (tikus dan ikan di tali air). Ketika ini, padi sedang diketam/ dituai, jadi banyak petak sawah yang telah kosong. Selesai melihat sawah padi, kami singgah di kedai makan untuk menikmati mentarang dan air kelapa muda. Sedapnya mentarang bakar... Manisss.... Hawa suka... Manakala Adam tidak. Jam menunjukkan jam 1:00 tengahari. Kami singgah ke Masjid berhampiran utk tunaikan solat Jumaat.

Di antara gambar-gambar pada hari kedua.


Kedai menjual pelbagai kerepek dan biskut produk IKS

Berposing di tengah panas di bendang sekitar Sekinchan/Tanjung Karang

Chalet atas air.Sesiapa yang gemar memancing, boleh memancing dari sini je.. Ketika air pasang lah...Tak dapat tinggal di sini, dapat posing pun jadilah..Kekeke

Antara ikan yang terdapat di sekitar pasar awam Sekinchan..

Selesai solat Jumaat, disebabkan kami masih lagi kenyang, kami terus ke rumah Izah/Ame di Tanjung Karang. Cadangnya nak lunch lepas tu le. Sampai di sana, ibu mertua Ame sedang menggoreng ikan untuk persediaan majlis tahlil arwah di surau. Nampaknya langkah kanan la kami. Kami dijamu dengan nasi berlauk ikan talapia berlada dan sayur lemak labu..Dalam jam 4 petang, kami bertolak pulang ke Hulu Langat. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di beberapa gerai menjual pelbagai kerepek dan biskut untuk dijadikan ole-ole. Sampai di rumah jam 7 malam. Alhamdulillah, selesailah ceritera percutian kami kali ini...

Tuesday, April 8, 2014

Adam Bakhtiar Achievements @ ASUM Level 1 & 2

Kronologi Kelas Renang Adam sehingga berjaya mendapat Sijil ASUM Tahap 1 dan 2

Adam mulai belajar berenang pada 03/03/2013 di Kompleks Renang DBKL. Jurulatihnya ialah coach Amirul Afifi. Bayaran yang dikenakan ialah RM 60 untuk 4 kelas. Pada kelas yang ke-8, Adam telah dapat menguasai gaya renang pertamanya iaitu kuak dada (breast stroke). Habis kelas yang ke 21 (pada 20/10/20), Adam berjaya menguasai gaya renang yang lain iaitu gaya bebas (free style), kuak lentang (back stroke) dan kuak kupu-kupu (butterfly).
Adam berpeluang mengambil ujian Amateur Swimming Union Malaysia (ASUM) tahap 1 dan 2 pada 29/09/2013. Adam lulus dalam ujian tersebut. Selain daripada Sijil, Adam dapat badge gambar kura-kura (level 1) dan sotong kurita (Octopus).

Tahun ini Adam akan menduduki peperiksaan UPSR. Sebab itu Adam tak dapat meneruskan kelas renangnya. Lagipun Adam telah dapat menguasai 4 gaya renang tersebut.

Di antara perkara yang di uji semasa ujian renang ialah seperti di bawah ni :


Nanti ada masa, boleh le Adam ajar ibu, kakak, ayah dan Sara berenang ye!!

Monday, April 7, 2014

Holiday @ Morib 2014

28/03/2014 (Jumaat)
Kami bertolak dari Taman Sri Nanding pada jam 9:30 pagi selepas bersarapan pagi di Gerai Makan di Taman Sri Nanding. Sampai di Banting pada jam 11:00 pagi. Destinasi pertama kami ialah kedai menjual kerepek, Fazz Enterprise. Di antara makanan yang dibeli ialah bahulu, dodol, almond london, kuih layang, inang-inang, karipap mini, popcorn dan jelly kelapa. Kerepek adalah salah satu tarikan di Banting.

Waktu solat Jumaat agak lama lagi, kami ke destinasi berikutnya iaitu Bakaugruv di Kampung Endah, Tanjung Sepat. Tempat yang agak menarik, dengan kawasan yang dilengkapi dengan chalet, kolam untuk berkayak, warung kopi (Sembang-sembang@Bakaugruv) dan yang paling istimewa ialah kawasan hutan paya bakau yang sangat cantik. Saya dan anak-anak berjalan-jalan di atas corridor/jeti di atas paya bakau dan mendapati kawasan ini ada tarikan tersendiri. Banyak kelihatan ikan belacak sedang berenang/ berjalan di atas lumpur, manakala ketam-ketam kecil sedang mengorek pasir/ lumpur untuk bersembunyi dari kami. Angin pantai yang meniup sungguh nyaman. Kami berjalan hingga ke hujung jeti tetapi tidaklah sampai ke pantai. Pada hari tersebut juga terdapat ramai pelajar sekolah antarabangsa Perancis baru checkout dari sini. Menurut pengurus Bakaugruv, pelajar sekolah ini telah beberapa kali menjalankan aktiviti mereka di sini. Mereka gemar beraktiviti di pantai terutamanya kawasan berlumpur. Kami telah menempah mkanan untuk makan tengahari di warung kopi Sembang-sembang @ Bakaugruv. Oleh kerana perut masih lagi kenyang, kami hanya memesan 3 set Grill Chicken Chop dan berkongsi utk 6 orang. Selesai saja makan, Fendy dan Adam bersolat Jumaat di Masjid Kg Batu Morib. Kami menunggu sahaja di dalam kereta.


Selesai sahaja solat Jumaat, kami terus menuju destinasi yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak - Morib Gold Coast. Kami beli 2 unit Weekdays Special Package berharga RM168.00 seunit di MATTA FAIR yang lalu. Pakej ini termasuk penginapan di bilik Studio Suite, 2 tiket ke Taman Tema Air, 2 tiket breakfast untuk sehari seunit. Kami dapat pula voucher tunai RM80.00 kerana membeli pakej tersebut di MATTA FAIR (voucher RM40 seunit).Walaupun kami telah checkin jam 2:30 petang, tetapi bilik kami belum siap dikemas lagi. Dalam pukul 3:30 petang, bilik Emak dan Hawa telah siap dikemas dan kami semua masuk untuk solat Zohor. Manakala Adam, Sara dan Fendy terus ke Taman Tema Air...Selesai solat Asar, saya pun turun ke Taman Tema Air. Saya perhatikan Sara begitu seronok bermain air. terdapat beberapa tarikan di sini iaitu Smimming Pool (tempat ini agak dalam), 4 jenis gelongsor - gelongsor biru tinggi, gelongsor warna kuning yang agak rendah, gelongsor tiga serangkai dan gelongsor 2 serangkai bentuk V. Hanya gelongsor biru sahaja yang Sara tidak boleh main kerana terlalu tinggi. Sara tidak puas main gelongsor dan tidak mahu keluar dari taman tersebut walaupun jam sudah pukul 7 malam. Sara menangis hingga ke bilik hotel kami. Oleh kerana terlalu penat, Sara tertidur sebelum sempat kami keluar makan malam. Saya hanya tapau nasi goreng sahaja untuk makaln malam.


29/03/2014 (Sabtu)
Kami breakfast di cafe hotel. Tambah RM18 untuk Adam. Makanan yang disediakan boleh dikatakan sedap dan banyak. Saya makan salad, potato wedges, muffin, bubur nasi, buah tembikai dan air susu + cordial orange. Sara makan bijirin dan minum susu. Di antara makanan yang lain ialah - sosej, baked bean, nasi minyak, puding roti, telur dadar, telur scrambled, pau, dim-sum, roti bakar dan pelbagai jem, air kopi dan teh panas. Selepas sarapan, kami membeli T-shirt di kedai cenderahati untuk Adam dan Hawa. Kami gunakan voucher dan topup sedikit duit. Selepas itu kami balik semula ke bilik. Kami tak mahu lagi ke Taman Tema air. Takut Sara buat perangai lagi. Kami hanya berehat di bilik, manakala Sara dan Adam bermandi jacuzzi di bilik. Seronok mereka berdua...

Kami checkout pada jam 12:00 tengahari. Destinasi terakhir adalah Dataran Morib. Kami bersiar-siar di tepi pantai yang nyaman. Sara sempat bermain layang-layang. Angin yang kuat menyebabkan layang-layang sangat sesuai dimainkan di sini. Kami menikmati coconut shake, cendol dan sotong bakar di gerai di sini. Selepas makan, kami terus pulang ke Hulu Langat kerana ada jemputan kenduri kahwin di rumah jiran kami. Selamat tinggal Morib. Semoga jumpa lagi...