Harga telefon pintar yang kita beli sesuai dengan kepintarannya. Betul tak? Jadi kalau kita cuma menggunakan hanya sedikit sahaja kebolehan telefon tu, mestilah tak berbaloi kan.. So, kita perlulah memaksimumkan penggunaannya tapi ingat, jangan sampai telefon pintar menguasai kita. Kita yang seharusnya menguasai telefon pintar ini.
Keperluan apps ni juga tak sama bagi semua orang. Bagi saya, beberapa apps ni memang wajib ada dalam phone saya :
1. iQuran - AlQuran elektronik. Boleh baca di mana saja kita berada, tanpa membawa naskhah AlQuran secara fizikal.
2. MySolat/ MuslimPro - kemudahan waktu solat 5 waktu mengikut lokasi kita. Juga ada petunjuk arah kiblat.
3.CamScanner - Ambil foto dan tukarkan kepada bentuk PDF, IMG atau TXT. Dokumen anda akan jadi cantik dan proper la dibandingkan dengan menggunakan camera sahaja..
4.GoogleMaps - Saya ni jenis yang tak ingat jalan. Jadi kalau tak ada Maps ni, memang tau jalan pergi dan balik kerja aje la...
5.GoogleTranslate - Sejak saya install benda ni, saya dah tahu banyak language. Antaranya Mandarin, Arab, Vietnam, Jawa (saya memang orang Jawa)...
6.CurrencyPlus - memang penting kalau kita rajin ke luar Negara kot
7. eHailing spt Grab etc. - ni ikut trend semasa la kononnya. Sebagai backup, kot kereta rosak ke, husband tak leh hantar ke dan lain2 masalah...
8. eTicketing spt Booking.com/ Agoda, KTMB - biasanya kalau nak pi oversea, saya tempah hotel dengan Booking.com. KTM ni pulak, anak selalau beli tiket ERL...