So sebaik sahaja confirm kena pergi sana, perkara pertama yang perlu dibuat ialah dapatkan VISA USA. Bermulalah pencarian informasi tentang langkah yang perlu diambil. Dari website rasmi kedutaan kepada blog2 telah disinggah. Pelbagai info dan tips telah diperoleh. Kini masanya untuk merealisasikannya. Di sini saya kongsikan blog dan website yang telah saya rujuk;
1. https://www.ustraveldocs.com/my/index.html
2. http://www.cikguhailmi.com/2018/02/langkah-mudah-mohon-visa-ke-usa.html
Bagi saya, blog di atas dah lengkap dan sangat membantu. Oleh itu, tak perlulah saya menulis dengan panjang lebar lagi. Cuma saya nak kongsikan pengalaman masa interview je, sebab pengalaman biasanya tak sama bagi semua orang.
Tips memilih tarikh interview;
Jika kita ada banyak masa, pilih sahaja tarikh yang sesuai dengan kita. Pilihan tarikh bergantung kepada kekosongan tempat dan masa (pilihan dalam bentuk calendar akan dipaparkan)
Bagi saya, tarikh appointment yang available paling cepat ialah seminggu sebelum fly. Aduh, rasa gayat. So, saya dan rakan pun telefon pejabat consular untuk percepatkan tarikh temuduga. Maaf ye, diaorang tak layan pun... Tapi kitaorang tak putus asa. Jeng jeng jeng.. Pada satu pagi yang hening, rakan saya mencuba menelefon pejabat consular. pegawai tersebut memaklumkan ada kekosongan pada tarikh awal seminggu dari tarikh appointment yang saya telah pilih. Dia memaklumkan kami supaya reschedule sendiri di laman web tersebut. Alhamdulillah dapat tukar kepada tarikh yang lebih awal...Kekosongan ini mungkin disebabkan ada beberapa appointment yang telah dibatalkan.
Tips mengambil gambar;
Foto yang saya kemukakan tidak memenuhi kriteria gambar yang dikehendaki. Terkejut saya sebab masa shoot gambar tu dah maklumkan pekedai tu untuk VISA USA. Diaorang hanya tahu mengenai saiz dan warna background sahaja. Saya telah membaca beberapa blog tetapi tidak menjumpai info mengenai perkara ini. Jadi inilah maklumat tambahan yang sepatutnya dimaklumkan kepada semua applicant yang bertudung.
Contoh gambar yang diberikan oleh pegawai kedutaan yang memenuhi kriteria mereka.
1. DAHI mesti nampak penuh. Sampai hampir kepada anak rambut. So, kalau yang suka pakai tudung ber'awning' tu, lupakan saja ye.
2. KENING juga mesti nampak penuh. Mesti ada jarak antara tudung dengan kening.
3. Tidak memakai KACA MATA. Mulai tahun 2016, foto VISA tidak boleh memakai kaca mata.
4. Tudung tidak berwarna PUTIH kerana warna latar belakang putih. Nanti tak jelas pula ..
Inilah hasil foto saya yang diambil semula selepas foto pertama tidak memenuhi syarat mereka. Muka macam bulan mengambang penuh kan...Hi hi..
Foto pertama saya yang direject. Kening saya terlindung sedikit sahaja dengan tudung. Dahi pula nampak sedikit (kata pegawai tu la..). Tapi saya tengok macam ok je..
1. JANGAN datang awal sangat. Agak2 5 minit dari masa interview, ok la tu. Masa yang tercatat dalam confirmation letter tu sebenarnya bukan masa interview, tapi masa pendaftaran.
2. JANGAN memakai pakaian yang menampakan kealiman kita. Berpakaian sederhana sahaja. Jika nampak alim, nanti banyak soalan akan diajukan sebab mereka ingat kita ni terrorist..
3. TANGGALKAN cover passport anda.
4. Sediakan hanya satu keping gambar dan keluarkan dari plastic atau sampulnya.
5. Jawab semua soalan yang ajukan dengan TENANG dan CONFIDENT
Keputusan interview;
Kita akan dimaklumkan samada BERJAYA atau gagal sebaik sahaja selesai interview tersebut. Saya BERJAYA dan Visa akan siap dalam tempoh 3 hari bekerja.
Alhamdulillah.