Wednesday, February 8, 2017

Akhirnya Kini Pasti Part 2

Do anything legally

Kami dimaklumkan oleh Arum yang geran rumah mereka masih berada di pejabat loyer bank. Urusan peyerahan geran hakmilik tidak diselesaikan kerana Arum dan Meena tidak dapat membayar yuran guaman. PeguamCaraku, DINI memBANTU menyelesaikan proses menukar hakmilik dari bank kepada nama mereka berdua. Banyak juga bil tertunggak yang perlu diselesaikan antaranya pembayaran cukai taksiran, cukai Tanah dan bil elektrik. Proses pertukaran hakmilik dan melepaskan gadaian ini mengambil masa 2 bulan. Setelah hampir 3 bulan, Meena menuntut bayaran deposit sebanyak 10 % dari harga rumah. Pembahagian sebanyak 50-50 antaranya dan Arum. Bayaran deposit telah diselesaikan kepada loyerku. Loyer telah membayar deposit tersebut kepada Meena pada 16 Dis 2014 dan Arum pada tarikh selepas itu.

Selesai proses tersebut, proses mendapatkan CONSENT (Kebenaran Menjual dan Pindahmilik) dari pejabat Tanah. Sementara menunggu Consent tersebut, aku telah memohon pinjaman dari BPP. Di antara tarikh2 penting adalah spt di bawah :
1. 16 Feb 2015 - Sumbit Borang Permohonan Pinjaman secara Online
2. 18 Feb 2015 - Dapat surat iringan dari Majikan dan perakuan sebagai pekerja di organisasi Majikan
3. 28 Feb 2015 - Arum passed away. Kami hanya diberitahu pada 11 Mac 2015
4. 5 Mac 2015 - Submit permohonan pinjaman perumahan by HAND
5. 9 Mac 2015 - terima Consent Letter
6. 10 Mac 2015 - Submit Borang Penilaian Harta @ JPPH Bangi.

Masalah demi masalah timbul selepas kematian Arum. Leela telah memaklumkan kepada loyerku yang Arum sempat membuat wasiat sebelum kematiannya. Wasiat yang menyatakan yang Leela adalah isteri yang sah kepada Arum dan menyatakan yang wang hasil jualan rumah tersebut iaitu bahagian Arum diserahkan kepada anak lelaki Arum dan ditadbirkan oleh isterinya barunya Leela. Mendengar wasiat tersebut menyebabkan Meena tidak puashati. Meena menyangkal yang Leela adalah isteri sah kepada Arum dan mengaku beliau adalah isteri sah Arum. Arum tidak pernah mendaftarkan perceraian mereka!

Meena telah memaklumkan aku yang beliau mahu membatalkan perjanjian jual beli kami. Saya bersetuju dengan syarat semua deposit yang telah diambilnya berserta bahagian Arum dipulangkan semula kepada saya plus segala gantirugi saya. Malangnya, beliau tidak dapat menyediakan wang tersebut.

Part 1
Part 3

Akhirnya Kini Pasti Part 1

Never trust anybody

Dah lama nak share pasal perkara ni tapi asyik tertangguh je sebab ceritanya panjang, berliku dan agak berat. Tapi saya ringkaskan je la. Tak larat nak taip...

Sekitar bulan Ogos 2014, neber sebelah rumahku telah menghubungi suamiku dan menyatakan keinginan mereka menjual rumah kepada kami. Harga selepas nego ialah 170k mengikut harga pasaran semasa pada ketika itu.
Saya penghubungi lawyer untuk menyediakan SNP Agreement. SNP telah ditandatangani pada 22 September 2014.

Sebelum kuceritakan dengan lebih lanjut, serba sedikit latar belakang neberku ini. Nanti senang la nak faham storynya ya... Kami berpindah ke TSN ni pada akhir tahun 2007 selepas membeli rumah subsale berharga 140k. Neber sebelah rumah berbangsa INDIA. Tinggal dua beranak, Meena (bukan nama sebenar) bersama dotternya Ashanty. Suami Meena bernama Arum telah tinggal berasingan dan telah berkahwin dengan isteri lain bernama Leela. Mereka punya seorang anak lelaki berumur dalam lingkungan 9 tahun ketika itu.

Meena pada awal kami berpindah dahulu bekerja sebagai pembantu klinik di Brickfields. Manakala Ashanty masih bersekolah di SM Jalil di dalam tingkatan 5. Kehidupan 2 beranak ini memang horror kerana saban malam berlaku pertengkaran antara mereka berdua. Kami pekakkan telinga je. Manakala Arum pula tinggal di kawasan perumahan pangsa di Bukit Mahkota. Kereta Arum diletakkan dirumah Meena dan setiap hari minggu, Arum akan mengambil kereta tersebut mengikut keperluan. Arum adalah pengidap DIABETES yang kronik.

Ashanty pula, selesai persekolahan dikatakan menyambung pelajaran ke Universiti Sumatera Utara dalam bidang perubatan. Namun, ada ketikanya kami sebagai neber, mendapati Ashanty sering ada di rumah. Dan pada tahun 2012 beliau telah melahirkan seorang anak lelaki yang berbapakan siapa entah. Kami malas nak menyibuk sebab mereka bukan beragama Islam pun...

Part 2
Part 3