Wednesday, February 8, 2017

Akhirnya Kini Pasti Part 2

Do anything legally

Kami dimaklumkan oleh Arum yang geran rumah mereka masih berada di pejabat loyer bank. Urusan peyerahan geran hakmilik tidak diselesaikan kerana Arum dan Meena tidak dapat membayar yuran guaman. PeguamCaraku, DINI memBANTU menyelesaikan proses menukar hakmilik dari bank kepada nama mereka berdua. Banyak juga bil tertunggak yang perlu diselesaikan antaranya pembayaran cukai taksiran, cukai Tanah dan bil elektrik. Proses pertukaran hakmilik dan melepaskan gadaian ini mengambil masa 2 bulan. Setelah hampir 3 bulan, Meena menuntut bayaran deposit sebanyak 10 % dari harga rumah. Pembahagian sebanyak 50-50 antaranya dan Arum. Bayaran deposit telah diselesaikan kepada loyerku. Loyer telah membayar deposit tersebut kepada Meena pada 16 Dis 2014 dan Arum pada tarikh selepas itu.

Selesai proses tersebut, proses mendapatkan CONSENT (Kebenaran Menjual dan Pindahmilik) dari pejabat Tanah. Sementara menunggu Consent tersebut, aku telah memohon pinjaman dari BPP. Di antara tarikh2 penting adalah spt di bawah :
1. 16 Feb 2015 - Sumbit Borang Permohonan Pinjaman secara Online
2. 18 Feb 2015 - Dapat surat iringan dari Majikan dan perakuan sebagai pekerja di organisasi Majikan
3. 28 Feb 2015 - Arum passed away. Kami hanya diberitahu pada 11 Mac 2015
4. 5 Mac 2015 - Submit permohonan pinjaman perumahan by HAND
5. 9 Mac 2015 - terima Consent Letter
6. 10 Mac 2015 - Submit Borang Penilaian Harta @ JPPH Bangi.

Masalah demi masalah timbul selepas kematian Arum. Leela telah memaklumkan kepada loyerku yang Arum sempat membuat wasiat sebelum kematiannya. Wasiat yang menyatakan yang Leela adalah isteri yang sah kepada Arum dan menyatakan yang wang hasil jualan rumah tersebut iaitu bahagian Arum diserahkan kepada anak lelaki Arum dan ditadbirkan oleh isterinya barunya Leela. Mendengar wasiat tersebut menyebabkan Meena tidak puashati. Meena menyangkal yang Leela adalah isteri sah kepada Arum dan mengaku beliau adalah isteri sah Arum. Arum tidak pernah mendaftarkan perceraian mereka!

Meena telah memaklumkan aku yang beliau mahu membatalkan perjanjian jual beli kami. Saya bersetuju dengan syarat semua deposit yang telah diambilnya berserta bahagian Arum dipulangkan semula kepada saya plus segala gantirugi saya. Malangnya, beliau tidak dapat menyediakan wang tersebut.

Part 1
Part 3

No comments:

Post a Comment