Wednesday, February 27, 2019

Jom cakap Mandarin



Saya belajar Mandarin pada tahun 2017. Temankan anak yang menunggu result SPM belajar Mandarin. Alang2 dah hantar anak ke kelas, saya pun belajar sekali...

Saya belajar di Kelas Sifu Mandarin di Ampang. Guru yang mengajar ialah Laoshi (Cikgu) Hawa. Best jugak belajar Mandarin, sebab at least boleh la faham sikit2 bahasa Cina. Saya rasa amatlah rugi jika kita tidak tahu langsung berbahasa Cina. Jika kita tahu serba sedikit bahasa Cina, sekurang2nya dapat memberi NILAI TAMBAH diri kita di samping boleh memahami bahasa percakapan orang Cina di Malaysia ni... Kalau nak lebih baik, boleh la berdakwah kepada orang Cina ni, supaya diaorang ni boleh memahami agama Islam...

Bahasa Cina ni ada banyak dialek antaranya Hokkien, Hakka, Kantonis dan Mandarin. Biasanya bahasa Mandarin ni bahasa yang standard dan kebanyakan orang Cina akan faham.

Cara mempelajari Mandarin masa kini menggunakan system HanYu Pinyin. Sistem ini menggunakan system ejaan rumi. Jadi, kita boleh bertutur Mandarin menggunakan tulisan rumi. Tidak perlu membaca tulisan Cina!

Teknik sebutan bahasa Cina amat penting kerana salah sebutan membawa maksud yang berbeza. Pengalaman saya belajar Mandarin ni memang susah kerana sebutan mengikut nada.

Beberapa perkataan Mandarin yang sering kita dengar dalam perbualan harian:

1. Ni Hao (Hello; Awak apa khabar)
2. Wo Hen Hao (Saya baik2 sahaja)
3. Xie xie (Terima kasih)
4. Wo (Saya)
5. Ni (Awak)
6. Zaijian (Bye bye)

Bilangan
1. ling (kosong)
2. yi (satu)
3. er (dua)
4. san (tiga)
5. si (empat)
6. wu (lima)
7. liu (enam)
8. qi (tujuh)
9. ba (lapan)
10. jiu (Sembilan)
11. shi (sepuluh)

Sekarang kita boleh belajar sendiri bahasa Mandarin dengan mudah menggunakan aplikasi Google Translate. Boleh download di Play Store.





Tuesday, February 19, 2019

Bagasi kulit keras Vs lembut



Bagi kita yang gemar melancong atau mengembara menaiki kapalterbang, adalah penting untuk membawa bagasi yang bersesuaian dan selesa. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan kita dan keselamatan barangan yang dibawa juga.

Pemilihan jenis kulit bagasi bergantung kepada penggunaannya. Ada ketikanya barang yang ingin dibawa adalah sesuai dimuatkan ke dalam beg berkulit keras dan sebaliknya.

Bagasi Kulit Lembut
Pros
1. Tahan lama
2. Fleksibel. Boleh dimuatkan dalam tempat yang agak sempit
3. Lebih banyak item boleh dimuatkan
4. Item yang disimpan di dalam poket lebih mudah diakses

Cons
1. Tidak kalis air. Serapan terhadap air menyebabkan bag berbau pelik
2. Sukar di bawa kerana kebanyakan bagasi kulit lembut mempunyai dua roda
3. Pilihan warna yang agak terhad
4. Item yang disimpan di dalam poket terdedah kepada kecurian.
5. Kewujudan poket membolehkan barangan tidak diingini dimasukkan ke dalam poket oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya barang terlarang seperti dadah. Lebih banyak perhatian diperlukan supaya perkara ini tidak berlaku..

Bagasi Kulit Keras
Pros
1. Kalis air. Tiada bau yang pelik
2. Melindungi item di dalamnya dari tumpahan cecair
3. Mudah dibawa kerana kebanyakkannya mempunyai empat roda
4. Mudah dikenalpasti semasa menuntut bagasi kerana bagasi jenis ini terdapat pelbagai variasi warna

Cons
1. Bucu keras menyebabkan sukar menempatkannya di bahagian sempit di bawah tempat duduk
2. Tidak fleksibel kerana saiz ruangan telah tetap. Tiada pengembangan
3. Tiada tambahan poket. Item tidak dapat diambil dengan mudah

Oleh itu bagi saya, jika perjalanan menaiki kapalterbang saya prefer menggunakan bagasi kulit keras. Tetapi jika perjalanan menaiki kereta, saya lebih gemar menggunakan bagasi kulit lembut.

Tuesday, February 12, 2019

Bergembira di taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh

Pada 19 Januari 2019, kami sekeluarga ke MAPS Ipoh. Saja nak bawa anak2. Dah lama mereka request nak ke sini... Kami booked homestay yang berhampiran. Kami bertolak dari KL pada jam 5:30 pagi. Solat Subuh di RnR Rawang. Breakfast di RTC Ipoh. Sampai di MAPS jam 9:50 pagi...

Tiket kami beli dengan seseorang secara online. RM50 utk dewasa. Utk kanak2 dan older citizen RM45. Total semua utk kami berenam sebanyak RM290..


Di antara tarikan yang telah kami cuba;
1. Boboiboy 4D adventure theatre -
Kami join movie ni 2 kali. Memang best sangat. Sesuai untuk semua golongan kecuali pregnant women dan yang berpenyakit jantung...
2. Bumper Blast -
Bumper Car ni memang untuk individu yang pandai kawal stering kenderaan. Kalau tak, asyik tersekat aje. Tak seronok la kan...
3. HyperSpin -
Buaian yang berpusing beberapa kali membuatkan daku hampir MUNTAH.. uwekkk.. Gayat dan tak sabar tunggu buaian ni stop...
4. Asteroid Attack -
Tak sanggup untuk membiarkan jantungku bedegup laju. Hawa, Adam dan hubby je yang try. Daku just take the video. Itu pun jerit dari bawah...
5. The Smurf theatre -
Quite interesting. Seeing papa smurf with his experimental friends and equipments virtually. Human interaction with virtual cartoon animation..
6. Boboiboy Hero Academy -
Meet papa Zola. Some interactive with audience (kids). Ends with video showing all contestants behaviour that have been shoot during the academy session..
7. Stunt Legend -
Fuhhh...Berasap kerete stuntman
8. The red baron -
Kapalterbang mainan untuk kids.. Layan Waffa je
9. Zugo Crystal Quest -
Macam mini roller coaster that twist during the journey. Quite fun
10. Megamind Megadrop -
Satu lagi yang membuatkan jantungku seolah terhenti. Kalau try ni harus menjerit sakan... Not dare for me to try..
11. Whirling Wizard
12. Coral Kingdom
13. Fantasy Corousel
14. Fantasy Tree House
15. Cave of Wonders
16. Upside Down Pyramid
17. Starship Restaurant
18. Casper Birthday Blast



Bersama Stunt Man




Di antara tarikan yang tidak kami cuba (tak cuba sebab yang ni kena bayar lain. RM15. Tak nak lah sebab yang lain pun dah cukup membuat anak2 seronok.);
1. Ghost House
2. Cactus Crazy Chase
3. Face painting
4. Space X-plorers
5. Ada beberapa lagi.. tak ingat


KESIMPULAN
Memang best kat sini, terutama BoBoiBoy movie. Kalau try banyak kali pun ok tapi ceritanya sama je la. Tapi best lagi movie 5D yang kami pi kat I-City...