Tuesday, February 19, 2019
Bagasi kulit keras Vs lembut
Bagi kita yang gemar melancong atau mengembara menaiki kapalterbang, adalah penting untuk membawa bagasi yang bersesuaian dan selesa. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan kita dan keselamatan barangan yang dibawa juga.
Pemilihan jenis kulit bagasi bergantung kepada penggunaannya. Ada ketikanya barang yang ingin dibawa adalah sesuai dimuatkan ke dalam beg berkulit keras dan sebaliknya.
Bagasi Kulit Lembut
Pros
1. Tahan lama
2. Fleksibel. Boleh dimuatkan dalam tempat yang agak sempit
3. Lebih banyak item boleh dimuatkan
4. Item yang disimpan di dalam poket lebih mudah diakses
Cons
1. Tidak kalis air. Serapan terhadap air menyebabkan bag berbau pelik
2. Sukar di bawa kerana kebanyakan bagasi kulit lembut mempunyai dua roda
3. Pilihan warna yang agak terhad
4. Item yang disimpan di dalam poket terdedah kepada kecurian.
5. Kewujudan poket membolehkan barangan tidak diingini dimasukkan ke dalam poket oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya barang terlarang seperti dadah. Lebih banyak perhatian diperlukan supaya perkara ini tidak berlaku..
Bagasi Kulit Keras
Pros
1. Kalis air. Tiada bau yang pelik
2. Melindungi item di dalamnya dari tumpahan cecair
3. Mudah dibawa kerana kebanyakkannya mempunyai empat roda
4. Mudah dikenalpasti semasa menuntut bagasi kerana bagasi jenis ini terdapat pelbagai variasi warna
Cons
1. Bucu keras menyebabkan sukar menempatkannya di bahagian sempit di bawah tempat duduk
2. Tidak fleksibel kerana saiz ruangan telah tetap. Tiada pengembangan
3. Tiada tambahan poket. Item tidak dapat diambil dengan mudah
Oleh itu bagi saya, jika perjalanan menaiki kapalterbang saya prefer menggunakan bagasi kulit keras. Tetapi jika perjalanan menaiki kereta, saya lebih gemar menggunakan bagasi kulit lembut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment