Friday, June 28, 2019

Urusniaga TUNAI Vs HUTANG


Jika kita mampu membeli secara tunai, mengapa perlu berhutang? Tetapi ada kalanya kita memang perlu berhutang di atas sebab keperluan yang mendesak. Sebagai contoh, membeli rumah. Jika kita dilahirkan dalam keluarga kaya, mungkin boleh membeli secara tunai. Harga rumah pula semakin hari semakin meningkat. Oleh itu, membeli rumah adalah satu keperluan. Namun perlulah dikaji terlebih dahulu dengan kemampuan kewangan kita secara terperinci. Bak kata pepatah Melayu, ukur baju di badan sendiri. Hutang pula boleh dikategorikan kepada Hutang Berkat (Bertambah Nilai - cth hartanah) dan Hutang Mudarat (Susut Nilainya - cth kereta).

Urusniaga TUNAI
Pros
1. Tidak terbeban dengan faedah (riba) yang dikenakan oleh pemberi pinjaman
2. Hidup sederhana seadanya, Hidup mengikut kemampuan semasa
3. Kos operasi perniagaan rendah kerana tidak melibatkan caj-caj yang tersembunyi. Oleh itu harga barang juga rendah

Cons
1. Memerlukan amaun tunai yang besar pada masa urusniaga dijalankan
2. Memerlukan masa yang agak lama untuk mengumpul jumlah amaun yang diperlukan 

Urusniaga HUTANG (Kredit)
Pros
1. Dapat memiliki barang yang dikehendaki walaupun tiada wang yang mencukupi untuk membeli barangan tersebut secara tunai
2. Hutang berkat menambah kekayaan seseorang
Cons
1. Kadar bayaran balik hutang akan melebihi nilai sebenar barangan yang dibeli sekiranya dibeli secara tunai. Ini disebabkan terdapatnya kadar faedah (riba) yang dikenakan. Ada kalanya amaun bayaran balik melebihi tiga kali ganda amaun pinjaman sebenar
2. Hutang mudarat menambah kemiskinan seseorang

Tunai atau hutang ada kelebihan dan keburukan masing-masing. Namun, pembelian secara tunai didapati lebih baik. 

Jika terdapat situasi di mana kita perlu berhutang juga terutama hutang berkat, dicadangkan ambil langkah seperti di bawah:
1. Harga barang yang dibeli perlu semurah yang boleh tetapi masih boleh mencapai tujuan asal pembeliannya. Contoh rumah yang sederhana. Tidak perlu membeli rumah impian yang harga melebihi kemampuan
2. Bayar wang pendahuluan/ deposit sehabis tinggi yang kita mampu. Tujuannya untuk mengurangkan amaun hutang
3. Tempoh bayaran balik hutang sesingkat yang boleh. Lebih singkat tempoh bayaran balik, lebih rendah amaun faedah/ riba yang perlu dibayar
4. Jika ada lebihan wang, bayar sebahagian hutang atau selesaikan semuanya. Kebiasaannya pemberi hutang akan memberikan rebat sekiranya hutang diselesaikan lebih awal
5. Pastikan urusniaga hutang dengan kaedah pembiayaan islamik di mana tiada riba dikenakan.

Jauhi riba. kerana mengamalkan riba adalah berdosa besar.



1 comment:

  1. numpang promote ya min ^^
    Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete