BALI... HERE WE COME
Percutian yang dirancang telah tiba. Kami sekeluarga berlima berserta ibu, ibu dan bapa mertuaku menjadikan jumlah kami seramai 8 orang. Saya mendapat khidmat seorang supir muslim dari Isme Tour & Travel. Manakala itenarary saya sediakan sendiri. Hotel kami, Bakung Sari Resort & Spa saya booking awal. Tanpa breakfast, kos hotel semalam hanya RM88 sahaja. Bilik hotel luas dan bersih. Katil single twin sharing juga besar. Memang berbaloi-baloi...Saya tak tempeh breakfast sebab tak confident dengan status halalnya. Lagipun, hotel ni berdekatan dengan Warung muslim - Warung Nikmat. Memang nikmatlah makan kat sini, Masakan JAWA, Maklumlah kami ni memang ada keturunan Jawa, so memang kena sangat lah..Hehe... Bali ni dikira sebagai Percutian Of The Year tau. Bajetpun lebih sikit sebab kami kan berlapan... Cuma kami tak la bercadang nak Shopping sakan sebab kat Bali ni bukan tempat Shopping macam Bandung. Haritu saya pergi Bandung, habis licin duit RM dan Rupiah saya kerjakan. Banyak betul barang yang berharga MURAH jika dibandingkan dengan di sini...Okey lah.. Nanti saya ceritalah sedikit mengenai percutian kami...
HARI PERTAMA (KETIBAAN)
Checkpoint: Makan tengahari di Restoran Cendol Bakar, Dengkil. Parking kereta di Long Term Car Park (LTCP). Menaiki bas ke KLIA2. Drop baggage. Fly.
Tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar Bali. Checkin Hotel Bakung Sari Resort & Spa.
Bertolak dari rumah jam 2:00 petang selapas solat Zohor di rumah. Beli monopod. Singgah makan tengahari di Restoran Cendol Bakar. Saya makan soto, ibu makan nasi ayam penyet, Adam dan Abah makan nasi ayam. Manakala Suamiku dan Ma makan nasi berlauk asam pedas. Secara keseluruhannya, makanan di sini tidak berapa sedap. Cendolnya juga tidak sesedap cendol yang kami pernah nikmati di Kuala Selangor iaitu Cendol Borhan...Ini pendapatku la... Lain orang lain pula citarasanya... kan
Ibuku yang ketika trip ini, usianya 75 tahun. Oleh kerana usianya yang melebihi 70 tahun, ibu perlu diinsuranskan dengan kadar Senior Citizen. Premiumnya juga paling mahal antara kami...Semasa membeli tiket flight pula, ibu tidak layak ditawarkan insurans. Maknanya risiko tinggi, syarikat penerbangan pun tak nak tanggung risiko..Saya ambil 3 World Traveller Care Takaful plan iaitu untuk kami sekeluarga (Family Plan), Abah dan Ma (Individual and Spouse) dan Ibu (Senior Citizen).
Ibu sangat excited dapat pergi Bali...Ibu selalu bertanya bibik jiranku yang berasal dari Jawa mengenai Bali. Walhal bibik tersebut pun tak pernah sampai ke Bali...
Selepas park kereta di LTCP, kami menaiki shuttle bus ke KLIA2. Anak-anakku begitu teruja dan seronok dapat menaiki bas. Bas selesa sangat (Bas RapidKL). Tak perlu berjalan kaki jauh, terus sampai ke KLIA2. Jangan bimbang, naik bas ni percuma ja... Cuma kenalah bayar parking. Kadar bayaran parking pula RM32/hari.
Suamiku... Kali ketiga menaiki flight selepas ke Langkawi dan Kuching...
Anak-anakku dari kiri, Hawa, Qaisara dan Adam. Trip kali ini adalah permintaan mereka untuk bercuti ke luar Negara. Dalam negara, hampir semua negeri telah kami jelajahi. Yang terakhir ke Perlis dan Kedah.. Trip kali ini juga sempena selesainya Hawa menghadapi peperiksaan SPM pada 29 November 2016 yang lalu.
Tarikh 18-21 Disember 2016 dipilih kerana hanya pada tarikh tersebut kami dapat tempah tiket pada harga promosi. Itupun saya tempah 3 bulan lebih awal. Saya tempah pada bulan September lagi...
Proses drop baggage. Semasa proses ni, petugas kaunter maklumkan yang no passport yang saya telah checkin tertinggal satu aksara A. Beliau perlu kemaskini semua maklumat kami. Nasib baik kami sampai awal di KLIA2. Kalau tak, haru....
Saya beli luggage sebanyak 60 kg. Bila timbang, baggage kami beratnya cuma 43 kg sahaja...Kalau kita takut berat baggage terlebih, kita boleh minta pegawai bertugas cuba dulu berat kesemua baggage tersebut. Jika melebihi berat yang kita telah beli, kita boleh ambil bag yang paling kecil sebagai hand luggage. Tapi pastikan beratnya tidak melebihi 7 kg dan saiznya mesti cabin size..Kalau nak lagi senang, beli penimbang sendiri dan timbanglah baggage sendiri sebelum drop bag kita..
Perjalanan ke Gate Pelepasan. Jauhnya...Kesian ibu. Masa nak naik buggy untuk Warga emas dan OKU, ibu tidak mahu. Beliau menyangka perjalanan ke Gate berkenaan adalah dekat. Kami solat Asar di sini. Kami berlepas tepat pada masa yang dijadualkan.
Tiba di Bandar Udara Ngurah Rai, Denpasar Bali, selesai proses Immigresen, Pak Supir telah menunggu di depan Balai Ketibaan. Puas juga mencari Pak Supir, baru berjumpa... Banyak pak supir sedang menunggu dengan sepanduk masing-masing yang bertulis nama Jemputan yang telah kita maklumkan. Pak Supir kami bernama Bagio. Lelaki berketurunan Jawa yang berasal dari Jawa Timur. Malam tersebut kami terus ke hotel untuk checkin. Memandangkan badan terlalu letih dan telah lewat malam, kami terus tidur...Niat awalnya nak beli simkad untuk membolehkan kami menggunakan internet semasa dalam perjalanan tetapi disebabkan waktu telah lewat malam, maka tiada kedai yang menjual simkad yang masih beroperasi.
HARI KEDUA
Checkpoint : Sarapan pagi di Warung Nikmat. Tarian Barong. Pasar Kesenian Ubud. Istana Puri Saren. Sawah Padi Tegalalang. Ladang Kopi Luwak Tegalalang. Kilang Batik. Makan malam di Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo Kuta. Krishna Ole-Ole
Di hadapan HOTEL BAKUNG SARI RESORT & SPA. Saya booked 3 bilik Superior selama 3 malam melalui Booking.com. Harga bilik sahaja tanpa Breakfast ialah RM794 (RM88/malam). Katil kami, Twin Sharing. Bilik sangat luas, Katilnya juga besar. Berbaloi la dengan harga yang kami bayar. Cuma room to room telefon tidak berfungsi. Tapi kami memang tak perlu perkhidmatan tu sebab stay kat bilik untuk tidur sahaja. Swimming pool pun ada, cuma kami tak sempat mandi je. Ye lah sibuk berjalan seharian...
Waktu Solat Subuh di sini memang awal sangat iaitu pada jam 4:20 pagi. Jam 6:01 pagi telah terbit fajar (syuruk). Oleh kerana waktu siang terlalu awal, kami keluar dari hotel pada jam 7:00 pagi untuk bersarapan pagi. Cadangnya nak cari gerai yang berhampiran hotel iaitu Warung Nikmat. Rupanya kedai makan di sini buka jam 8:00 pagi. Sementara menunggu kedai makan buka, kami berjalan-jalan di sekitar Kuta.
Waktu Solat Subuh di sini memang awal sangat iaitu pada jam 4:20 pagi. Jam 6:01 pagi telah terbit fajar. Oleh kerana waktu siang terlalu awal, kami keluar dari hotel pada jam 7:00 pagi untuk bersarapan pagi. Cadangnya nak cari gerai yang berhampiran hotel iaitu Warung Nikmat. Rupanya kedai makan di sini buka jam 8:00 pagi. Sementara menunggu kedai makan buka, kami berjalan-jalan di sekitar Kuta. Kami melalui lorong yang sempit, tetapi banyak hotel kecil terdapat di lorong ini. Misalnya Hotel Red Doorz, Airy Rooms, The Flora Kuta dan banyak lagi...
Menikmati sarapan pagi di Warung Nikmat. Menu di sini ialah menu tengahari. Jadi kami pun makan nasi berlauk...
Terdapat pelbagai lauk yang ada di warung ini. Keunikannya warung ini ialah cara pesanan diambil. Pelanggan hanya perlu memesan lauk apa yang dikehendaki secara individual. Petugas agan mengambilkan lauk yang dipesan. Harga makanan akan diserahkan kepada pemesan dalam satu kad harga sebaik sahaja selesai pilihan dibuat. Menu kami yang paling mahal ialah Rp24.000 bersamaan dengan RM8 iaitu menu nasi, tempeh masak lemak, sayuran urap/kerabu dan daging kicap.
Di hadapan panggung selepas menonton persembahan Tarian Barong. Pada pendapat saya, persembahan tidak begitu memuaskan. Lakonan pelakonnya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Nasib baik muzik Gamelannya ok. Semasa persembahan berlangsung, saya tak tahan dengan bau seakan asap kayu yang dibakar yang digunakan oleh penganut Hindu semasa bersembahyang..Selalu saya panggil colok..
Dua orang penari sedang Bali semasa persembahan Tarian Barong. Ceritanya mengisahkan Dewa Jahat dan Dewa Baik. Ada synopsis cerita, tapi tak berapa faham. Cerita berkenaan dewa agama Hindu...
Harga tiket masuk sebanyak Rp100.000/orang....
Di Pasar Kesenian Ubud. Terlalu banyak booth yang menjual pelbagai hasil kraftangan penduduk Bali seperti ukiran kayu, patung, beg dan lain-lain.Saya hanya membeli 10 buah kipas tangan batik berharga Rp15.000/pcs. Ibu membeli sebuku sabun Aloe Vera berharga Rp20.000.
Selepas itu, kami melawat Istana Puri Saren bertentangan dengan pasar kesenian ini.
Ma dan Hawa bergambar berlatar belakangkan sawah padi bertingkat di Tegalalang.
Picture speaks a thousand words...
Nampak tak teres yang ditanam dengan padi? Penanaman dan penuaian padi masih dilakukan secara traditional oleh para petani di sini.
Cuaca amat baik pada ketika ini. Panas. Lepas berswafoto dan bergambar, kami basahkan tekak dengan minum air kelapa. Kelapa di sini sangat besar dan manis airnya. Harganya Rp20.000 sebiji.
Semasa perjalanan kami ke Ladang kopi Luwak, banyak lagi sawah padi yang kami jumpa, tetapi tidak secantik di sini.
Ladang kopi Luwak. Luwak = Musang. Kami diberi penerangan mengenai kaedah menghasilkan kopi. Pelbagai jenis kopi dihasilkan seperti kopi Luwak, Arabica, dan lain-lain.
Sebab dah rasa tester, Adam beli sekotak kopi Bali perisa coconut manakala Hawa beli perisa vanilla seberat 100 gram. Harga sekotak Rp70.000.
Di sekitar ladang kopi luwak. Luwak yang ada di sini hanya sebagai pembelajaran sahaja. Luwak yang sebenar dilepaskan hidup di ladang kopi yang sebenar. Selepas melihat luwak dan cara kopi dihasilkan, kami diberi minum pelbagai perisa kopi. Antaranya perisa vanilla, coconut, ginger, roselle, beras merah etc secara percuma. Kopi Luwak pula, kena beli dengan harga Rp50.000 secawan. Abah try secawan...Saya?? Tak mampu nak telan kopi luwak ni sebab terbayangkan si musang yang sedang popo... Uwek...
Selepas kopi Luwak, kami terus ke RM Ayam Bakar Wong Solo. Solat dan makan malam. Saya cuba menu bebek (itik) goreng. Boleh tahan rasanya tapi isi dagingnya agak sedikit tapi cukup untuk saya.
Ke Krisna untuk survey barang-barang yang dijual untuk dijadikan cenderamata. Kami beli T-shirt kaos Bali (yang ada kata-kata lucu)... Warna putih sebab, putih kan warna suci...Haha...Beli juga Fridge Magnet dan kipas tangan sama seperti yang telah dibeli di pasar Ubud. Saya beli 12 pcs untuk kawan-kawan di pejabat...Di sini harganya lebih murah iaitu Rp10.000/pcs... Oh Man....
No comments:
Post a Comment