Friday, December 23, 2016

Percutian ke Bali Disember 2016 Part 2

HARI KETIGA
Checkpoint:
Sarapan pagi di Warung Nikmat. Tanah Lot. Water Blow. Pantai Pandawa. Uluwatu. Makan malam di Pantai Jimbaran.


Hari Ketiga, destinasi pertama kami ialah ke TANAH LOT TEMPLE. Objek yang menyerupai sebuah pulau yang bertebing tinggi berdekatan dengan pantai dan atasnya terdapat pura (kuil). Ketika air pasang, Tanah Lot kelihatan seperti pulau. Sebenarnya ketika air surut, kita dapat meyeberangi ke sini melalui laluan berbatu. Ketika kami melawat Tanah Lot, kami tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut. Hanya boleh lihat dari jauh...

Destinasi seterusnya, WATER BLOW yang terletak di Nusa Dua. Pantai Water Blow dipenuhi dengan batu karang yang sangat keras dan unik. Terdapat pagar keselamatan yang dibina sebagai tempat pemerhatian (view point) aksi percikan ombak yang menjulang tinggi di sekitar celahan batu karang tersebut. .Keadaan percikan ini sangat indah dengan buih-buihnya yang putih. Walau bagaimanapun, untuk mendapat suasana percikan yang cantik, kita kenalah menunggu event tersebut. Saya hanya dapat rakamkan percikan yang kecil. Cuaca panas terik ketika itu menyebabkan kami terpaksa beredar..

PANTAI PANDAWA yang cantik dengan ombak berbuih putih yang menghempas pantai. Banyak kerusi disediakan berserta payungnya. Sangat nyaman berbaring di sini sambal ditiup angin yang melebihi sepoi-sepoi Bahasa.....Di sinilah mukaku yang amat manja, terbakar di bawah panasnya mentari. Lupa pula nak sapu lotion pelembap ... Aduh...
ULUWATU. Tempat yang sangat cantik dan tak boleh miss bila anda melawat Bali...Tetapi Qaisara ada pengalaman pahit di sini. Kesian Qaisara. Monyet telah merampas seliparnya menyebabkan Qaisara benci monyet...aaaaa hahha hahhha hahhaha hahahha ahahhah....
>

Lihatlah keindahan tebing tinggi. Di bawahnya kelihatan ombak menghempas ke batuan di bawah tebing tinggi ini. Air laut yang kehijauan menghasilkan buih-buih putih ketika menghempas ke tebing... Cantiknye...

WOW... Masing-masing berposing sakan. Merakam pelbagai aksi yang menarik berlatabelakangkan keindahan alam ciptaan Ilahi. Qaisara pun nak posing juga, tapi ayah dokong ye!!
Lepas ni kita beli selipar baru ye, dapat beli selipar Bali...yahoo..

PANTAI JIMBARAN. Sunset yang ditunggu-tunggu tiba. Cuaca mendung menyebabkan matahari terbenam dilihat samar-samar..Selepas itu, kami menikmati makan malam sambil dihiburkan dengan tarian bali dan pemuzik jalanan. Lokasi yang hampir dengan airport menyaksikan banyak flight berlepas di depan mata..
Menu nasi goreng seafood kami berharga Rp710,000. Mahal kan... Haha... Ni harga pelancong tau. Kalau nak yang murah, masa simpang ke Pantai Jimbaran, ambil simpang ke kiri. Saya ke kanan sebab pak supir kata yang ada Musolah di simpang sebelah kanan...


HARI KEEMPAT (PELEPASAN)
Checkpoint :
Sarapan pagi di Warung Nikmat. Danau Bratan. Pasar buahan dan Sayuran. Fabrik kata-kata Joger. Pura Taman Ayun. Krishna Ole-Ole. Makan malam di Restoran Minang RCC. Ke Airport Ngurai Rai, Denpasar, Bali untuk balik ke Malaysia. Drop baggage. Fly
Sampai di KLIA2 pada jam 1:20 pagi. Menaiki bas ke LTCP. Balik ke rumah

Destinasi hari terakhir kami ialah TASIK BRATAN. Selepas checkout dan bersarapan pagi, kami bertolak ke BEDUGUL untuk melawat Tasik Bratan. Cuaca mendung dan kadang-kadang hujan renyai turun. Kami bercadang ingin menaiki bot di tasik tapi memandangkan cuaca kurang elok, perkhidmatan bot tidak beroperasi. Di tasik ini terdapat pura yang dinamakan PURA ULUN DANU (ULUN DANU TEMPLE), yang bebentuk macam pokok krismas tu... Tasik ini juga adalah di antara 20 tasik tercantik di dunia.. Memang cantik... Tengoklah foto kami ni...

TASIK BRATAN yang terletak di Tanah tinggi adalah tasik semulajadi yang sangat indah. Moment yang paling cantik menurut pelancong ialah ketika matahari terbit dan sebahagian pergunungan di liputi kabus....

Selepas Tasik Bratan, kami bergerak ke PURA TAMAN AYUN. Dalam perjalanan ke sini, kami singgah di pasar buahan dan sayur utk membeli buah strawberi. Kami juga singgah di JOGER PABRIK KATA-KATA. Terlalu ramai manusia, terutama pelajar sekolah. Kami dah pilih barang untuk dibeli berupa bag cenderamata Bali untuk kakakku tetapi sebab bimbang akan mengambil masa yang lama, kami tak jadi beli...Saya dah queue utk membayar tetapi ITS A LONG QUEUE.. Setiap yang beratur membeli banyak item... Bimbang buang masa di sini, saya bercadang membeli bag seperti itu di Krisna aje...Kami sempat beli SALAK GULA PASIR di gerai tepi jalan. Manisnya..Ma ambil biji dia dan nak tanam di belakang rumah. Manalah tahu, boleh hidup di Malaysia.

>

PURA TAMAN AYUN terletak di MEGWI, BADUNG, BALI. Kompleks pura yang mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik ini dikelilingi oleh kolam ikan. Rekabentuk bumbung pura yang bertingkat sangat cantik. Tapi kita tengok keindahan ini sebagai pengetahuan sahaja ya. Pura ni berkaitan dengan AGAMA HINDU. Kita niatkan dalam hati, supaya mereka yang beragama Hindu ini mendapat hidayah untuk mengetahui agama ISLAM pula...

Selepas Taman Ayun, kami nak ke Krisna. Nak beli Ole-ole. Oleh kerana jalan yang sesak teruk kerana ada ISTIADAT AGAMA, pak supir cadangkan ambil dahulu baggage di hotel. Selepas ambil bag, kami terus ke Krisna. Beli Ole-ole sambal bergilir solat di Musolah yang disediakan di Krisna. Beg yang berharga Rp20.000 di JOGER tadi, berharga Rp26,500 di Krisna. Apa nak buat, beli aje la....Makan malam kami di RM ACC Minang yang menyediakan masakan NASI PADANG. Rumah Makan ini berhampiran dengan airport. Berhadapan dengan rumah makan inilah ada patung kuda putih yang cantik. Tu dia... ada di belakang Adam. Jadi kami tak perlu risau. Jumlah makan malam kami Rp348.700.

KESIMPULAN
Kesemua tempat yang kami rancang telah dilawati kecuali PANTAI KUTA yang berhampiran dengan hotel penginapan. Cadangnya nak ke sana pada malam hari tetapi setelah seharian ke tempat-tempat lain, kami dah keletihan. Jadi terus lepak atas katil la... Di sini saya kongsikan jumlah kos kami selama 4H 3Malam trip ke Bali bagi 8 pax :

Tiket flight + baggage + preorder meal - 3845.64.00
Hotel Bakung Sari (3 superior room)- 794.00
Parkir di LTCP - 122.00
Makan tengahari di Cendol Bakar - 77.50
World Traveller Care - 115.00
Passport - 1200.00
TOTAL (RM) = 6154.14


BALI (Rupiah)
Supir dan Transport Tour - 1.400.000
Day 1 - 100.000
Day 2 - 2.134.500
Day 3 - 1.361.500
Day 4 - 1.315.700
TOTAL (RUPIAH) = 6.311.700

GRAND TOTAL (RM) = 6154.14 + [(6.311.700/10000)*3.35]
= 6154.14 + 2114.42 = 8268.56

Kos purata seorang = RM1033.57

DO & DONT DI BALI
DO
1. Tawar menawar semasa membeli barangan. Minta harga serendah 30% dari harga asal. Tanya pak supir sekiranya perlu
DONT
1. Pakai pakaian/tudung petak hitam putih sebab ini pakaian patung mereka
2. Pijak peralatan sembahyang mereka (sesajean dan colok). Biasanya bersepah di depan kedai/rumah mereka
3. Beri makan/ aniaya monyet di ULUWATU. Sebab monyet ni macam Tuhan mereka juga..

No comments:

Post a Comment