Tuesday, October 31, 2017

Percutian ke Miri Brunei bersama keluarga 2017

MIRI

1. RESTORAN MUARA - Menu yang sangat sedappp.. Lihatlah foto di bawah. Licin... tinggal tulang aje. Menu yang sangat sedap ialah NASI LAPAPAN. Masih teringat-ingat lagi ni..
2. PASAR MALAM SEBERKAS - Pasar malam ini dibuka pada setiap Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Macam2 ada dijual di sini terutamanya IKAN BAKAR. Disebabkan kami dah kenyang, kami hanya membeli pisang lemak manis, kek lapis Sarawak dan pisang goreng ...


3. CANADA HILL (THE GRAND OLD LADY). Kawasan bersejarah di mana telaga minyak yang pertama dibina disebabkan penemuan minyak di Miri oleh seorang yang berasal dari Kanada.
4. MUZIUM PETROLEUM - Tempat yang sama dengan KANADA HILL. Tetapi malangnya ketika kami ke sini, muzium ini sedang diselenggara. Jadinya, dapat bergambar sahaja di hadapan muzium...
5. SEAHORSE STATUE - Kawasan yang sangat nyaman dan cantik. Di tebing panti ditambak dan diletakkan meja dan kerusi untuk pengunjung bersantai. Angin bertiup sangat menyamankan...
6.THE BULATAN CAFE - makan tengahari pada hari terakhir kami di Miri. Saya dan ibu makan NASI LALAPAN. Kesedapan nasi lalapan di sini kurang sedikit dari di MUARA RESTORAN...
7. AWANG MAHYAN CAFE - Breakfast pada hari terakhir. Kami makan mi sapi, mi kolok, nasi goreng. Boleh tahan sedap...
8. ASEANIKA RESTAURANT & CATERING - tempat sarapan pada hari pertama di Miri. Kami makan roti canai, mi kolok dan mee goreng..
9. KHAN ISLAMIC - Sarapan pagi pada hari kedua - makan roti nan cheese, nan garlic dan nasi biryani ...
10.TAMAN AWAM MIRI - Destinasi terakhir sebelum kami ke airport untuk balik ke KL. Kawasan tamam agak luas, terdapat permainan kanak2, menara tinjau, restoran, tempat jogging dan jambatan gantung. Best juga kalau dapat jogging di sini...

11. TAMU MUHIBBAH - tamu maknanya pasar. Di sini kami beli limau kasturi, pucuk midin, udang kering dan pisang. Kawan Fendi kirim Gambir Sarawak...
12. MIRI HANDICRAFT CENTER - Beli sedikit souvenir. Key chain crocodile, seahorse dan sedikit Fridge Magnet. Ibu beli wristlet yang diperbuat dari anyaman manik.
13.KEDAI KEK LAPIS SITI PAYUNG - Dah sampai Sarawak, mestilah beli kek lapis kan. Beli juga kuih tradisional frozen - kelupis...
14. KLINIK ASIAH (PANEL) - Sara demam. Suhu 39 darjah Celcius. Terus je doctor bagi ubat minum masa tu...
15. ECO PARK SERVICED APARTMENT - tempat tinggal kami sepanjang 4H3M di Miri/Brunei. Apartment 3 bilik lengkap dengan aircond, wifi percuma, dapur untuk memasak, peti ais, pinggan/ mangkuk dan tuala/ sabun mandi.


BRUNEI

1. IMMIGRESEN CHECKPOINT SUNGAI TUJUH - untuk ke Brunei, kenalah melalui IMMIGRESEN kan.. Mula2 Malaysia punya, yang kedua Brunei punya. Serahkan passport kita, turunkan cermin tingkap kereta supaya pegawai immigresen boleh tengok dari pondok tersebut..Masa kat kastam pula, kena isi borang nak bawa masuk kereta Malaysia. Isi kejap, pastu terus masuk Brunei...
2. KB CENTRAL PLAZA - Beli simkad Progresif dulu. Visitor Plan. BND10. Guna Google Maps untuk terjah tempat2 menarik di Brunei.
3. MUSEUM MARITIM BRUNEI - Banyak mempamerkan penemuan tajau (tembikar) yang dijumpai di dasar laut berhampiran Brunei.. Ada tayangan dokumentari pendek. Di bahagian luar pula ada model rumah di Kampung Ayer..
4. MUZIUM ARKEOLOGI KOTA BATU - tempat bersejarah di mana terletaknya makam raja-raja Brunei. Di antaranya ...
5. MASJID OMAR ALI SAIFUDDIN - Masjid ini dinamakan Masjid Umar Ali Saifuddin bersempena nama sultan yang bertanggungjawab menjadi pereka, pengasas dan berjasa terhadap pembinaannya. Dikatakan kubah utama diperbuat daripada emas tulin. Kami solat zohor dan asar jamak di sini. Memang cantik. Tapak pembinaannya berhampiran dengan Kampung Ayer. Kawasan perkarangan masjid ini terbahagi kepada dua, sebahagiannya air dan selebihnya daratan.
6. KAMPONG AYER - sebuah perkampungan di atas air yang sangat unik dan mesti anda lawati jika ke Brunei. Kami sewa bot untuk ronda2 sekitar kampong air selama 15 minit dengan bayaran BND30 untuk satu bot. Hanya ibu yang tak join. Adik yang membawa kami tu seorang pemuda yang berasal dari kampong air juga. Kampung air mempunyai kemudahan yang lengkap seperti sekolah, klinik, stesen minyak, restoran dan lain2. Dan rata2 rumah di sini ada aircond!!
7. ISTANA NURUL IMAN - kediaman sultan Brunei dan kerabatnya. Istana Nurul Iman adalah istana terbesar di dunia. Semasa kami ke sini untuk mengambil gambar, aduh...pengawal pula tak bagi. So kami pun beredarlah dengan hampa...
7. RESTORAN FAYZA JAYA, GADONG - makan tengahari kami agak lewat. Sebenarnya cari restoran Aminah Arif tapi tak jumpa. Namun makan di sini tidak mengecewakan. Murah, sedap dan restorannya sungguh mewah. Harga makan tengahari kami cuma BND 42.. Murah kan...
8. NADZMI TEXTILE MALL - kebetulan ada SALE sempena Deepavali pada hari lusa, kedai ini mengadakan potongan 50% jualan..Apa lagi, saya pon memborong kain pasang untuk dihadiahkan kepada adik-beradik di Malaysia. Harga sepasang hanya BND7 sahaja. Corak dan materialnya juga berkualiti...
9.HUA HO DELIMA - beli sirap panadol sebab Sara mulai demam. Mungkin kerana ditimpa hujan semasa menaiki bot di Kampong Ayer tadi....




10. PASAR MALAM KUALA BELAIT - layan Sara main gelongsor SpongeBob sekejap. Beli pizza, kebab dan air untuk kudapan malam ...
11. OIL & GAS DISCOVERY CENTER - hari kedua selepas jumpa doctor di klinik Asiah, kami ke sini. Muzium petroleum ini mempamerkan aktiviti petrololeum di Brunei. Syarikat petroleum di Brunei ialah SHELL sahaja.
12. ONE BILLIONTH BARRELL MONUMENT - Dibina pada tahun 1991 sempena pengeluaran 1 billion barrel minyak mentah dari bumi (crude oil) di Seria. Di kiri kanan monument ini ada dicatatkan fakta bersejarah penemuan telaga minyak di Seria. Di kawasan ini juga ada banyak 'Nodding Donkey' yang berfungsi sebagai pengepam minyak..
13. RESTORAN INDAH DAMAI KUALA BELAIT - disebabkan kami teringin makan AMBUYAT, kami singgah di restoran ini hasil dari maklumat dari pekerja restoran di Muzium Petroleum tadi, Sedapnya ambuyat. Tapi susah sikit nak menyepitnya. Kami guna sudu aje... Makanan di brunei boleh dikatakan murah. Portionnya juga banyak. Kami kekenyangan makan di sini...
14. HAPPY STAR - kedai yang ala-ala kedai 2 ringgit di Malaysia. Menjual pelbagai barangan souvenir seperti Fridge Magnet, keychain, beg, T-shirt, payung dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment