MAKLUMAT PERCUTIAN
Percutian kali ini kami berlapan akan berSHOPPING di bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Kami tak bercadang ke Sg Mekong atau Chu Chi tunnel. Hanya sehari diperuntukan untuk CITY TOUR di sekitar HCMC sahaja. Kami menghubungi seorang tour guide warga Vietnam yang berbangsa Melayu Champa untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan untuk City Tour.
1. TARIKH : 16-19 Disember 2018
2. PESERTA : 8 orang sekeluarga
3. PENERBANGAN : Air Asia
4. PENGINAPAN : Ruby Hotel (185 Le Thanh Ton)
5. Kos keseluruhan : +-RM8500 (termasuk shopping!)

HARI 1
Sampai je di Tan Soon Nhat airport dah pukul 9 malam. Tour guide kami, Faridah dah menunggu. Kasihan Faridah kerana flight kami delay dalam sejam...Kami naik 2 teksi Vinasun ke hotel. Selesai checkin hotel dan simpan bag, kami terus ke pasar malam. Faridah menunjuk arah ke pasar malam yang terletak berhadapan dengan Ben Thant market. Kami juga telah mula bershopping dengan membeli 7 helai telekung SK. Qaisara teruja sangat sebab dapat telekung baru warna pink-purple.
Oleh kerana telah lewat malam, kami hanya dapat minum Kopi Vietnam sahaja. Kopi susu ais di sini memang sedap. Tapi kami dimaklumkan, hanya dua sahaja peniaga kopi ais di Malaysian Street ini yang muslim. Seorang lelaki berkopiah menggunakan motosikalndan seorang wanita bertudung menggunakan gerai bergerak (bukan motosikal). Gerainya terletak berhadapan kedai SOLEH...
Cubaan untuk makam malam hampa kerana kedai makan hampir tutup dan tidak lagi mahu menerima pelanggan. Lihatlah Qaisara dengan telekung barunya...Sesiapa nak order telekung ini boleh tinggalkan mesej di blog ini..

HARI 2
Program hari ini ialah CITY TOUR dan SHOPPING.. Seawal jam 7 pagi, kami dah berjalan ke kedai makan HALAL AMIN untuk bersarapan pagi. Jarak ke kedai makan dekat sahaja. Lebih kurang 200 meter. Kami memesan pho muslim, nasi goreng dan air. Kami tapau kuih bingka dan kebab ayam untuk bekalan semasa City Tour. Harga bagi sarapan pagi kami ialah VND540.000 (+-RM96). Saya tak terkejut sebab dah tahu yang harga makanan halal di sini memang mahal. Tapi tak mengapa kerana rasanya sedap dan memenuhi citarasa kami...

Selesai sarapan, kami menaiki Van untuk destinasi seterusnya War Remnants Museum. Banyak info menarik dapat diperolehi di sini. Selepas itu kami ke Notre Dame Cathedral church dan Central Post Office. Cuaca amat panas di sini. Destinasi seterusnya ialah Opera House. Oleh kerana tiada pertunjukan dijadualkan pada ketika itu, kami tidak dibenarkan masuk ke dalam. Kami juga melawat masjid di sini iaitu Musulman Jamia Mouque. Kami tidak solat di sini kerana mahu solat di hotel. Beberapa tempat shopping yang kami pergi ialah di District 7 antaranya kedai telekung, bag, souvenir. Kami membeli telekung, kurta, tudung, t-shirt dan beg..Kami makan tengahari di kedai Os Man. Harga makan tengahari VND635.000 (+-RM114). Selesai makan tengahari, solat di hotel dan sambung semula SHOPPING menaiki van...Makan malam di kedai PHO MUSLIM. Kedai ini hanya specialize pho sahaja. Dan pho dia memang Sedap sangat, Kami juga makan vietnam roll yang amat sedap.. Harga makan malam di sini VND267.000 sahaja (+-RM48)
HARI 3
Hari ini adalah aktiviti bebas. Kami bersarapan lewat sedikit iaitu jam 9 pagi. Makan di kedai Musa Kariem. Kami repeat makan vietnam roll selain dari makanan biasa seperti nasi goreng. Vietnam roll di sini kurang sedap berbanding semalam di PHO MUSLIM. Jumlah breakfast hari ini ialah VND865.000 (+-RM155). Selesai makan, ke BEN THANH MARKET. Kami membeli beg telekung, kad, souvenir. Keadaan di dalam bangunan ini agak panas dan peniaganya suka memaksa untuk membeli.. Singgah ke ROHANI COLLECTIONS yang berdekatan dengan hotel. Saya beli tudung DUCK yang berharga RM35 sahaja. Oleh kerana cuaca yang agak panas, kami bercadang untuk berehat di hotel dan keluar semula pada waktu petang untuk ke BEN THANH MARKET.
Sebelah petang, kami ke kedai kain THUY DUOC, Beli 3 pasang kain cotton Dubai untuk baju raya tahun depan. Mak juga membeli baju cotton di sini. MAkan tengahari kami lewat sikit. Kali ini makan di kedai Man Sour. Harga makanan kami VND665.000 (+-RM120). KAmi sambung bershopping selepas itu. Antara yang dibeli ialah topi, t-shirt vietnam, beg souvenir dan fridge magnet. Balik ke hotel semula kerana ingin sambung pada waktu malam di Malaysian Street (Nguyen An Ninh).
Waktu malam kami ke pasar malam. Beli kopi vietnam serbuk Ooze 3 paket. Sepaket RM9. Makan malam di Halal Amin VND240.000 (+-RM43). Sebab perut masih kenyang, kami hanya makan makanan ringan sahaja..
Sebenarnya pasar malam di jalan Nguyen An Ninh adalah illegal. Peniaga akan segera menyimpan barangan jualan sekiranya ada pihak berkuasa yang datang. Ini berlaku ketika Sara sedang tawar menawar untuk membeli mainan dari peniaga bergerak. Tiba-tiba amoi tersebut lari lintang pukang. Kami pun terpinga-pinga. Rupa-rupanya ada pihak berkuasa yang meronda di sekitar tapak pasar malam tersebut... Kelakar betul...Haha..

HARI 4
Hari ini kami akan balik ke KL. Faridah belikan nasi daging lembu. Sedap sangat. Daging lembu sangat lembut. Harganya RM6 satu pack. Oleh kerana ma tidak makan daging/ ayam, saya belikan nasi goreng seafood dan kopi-O di kedai Musa Kariem VND140.000 (+-RM25). Kami checkout hotel dan terus ke airport.

TIPS
1. Semasa membeli belah, jangan keluarkan wang dengan banyak sekaligus kerana ada peniaga yang ambil kesempatan tarik je duit kita walaupun kita belum bersetuju membeli barang tersebut. Duit ayah mertua VND500.000 telah ditarik oleh peniaga kacang rebus. Kacang rebus dimasukkan ke dalam beg ayah mertua. Duit tukarnya pula hanya beberapa ribu VND. Nasib baik Faridah ada dan berbincang dengan peniaga kacang tersebut. Akhirnya peniaga itu memulangkan wang VND500.000 dan mengambil note VND50.000
2. Tawar menawar adalah WAJIB terutama di BenThanh Market dan pasar malam. Tawar hingga 70% dari harga asal. Kalau peniaga tak bagi, carilah tempat lain unless korang nak sangat barang tu
3. Tak perlu tukar VND banyak2. Agak2 mencukupi untuk bayar teksi dan makan di kedai makan. Juga untuk membeli barangan runcit seperti air di kedai sebanika Circle-K. Money changer ada di Malaysian Street. Kedai hujung sekali nama dia HA THAM...
4. Berhati2 sewaktu melintas jalan kerana jalanraya di sini banyak motosikal yang bersimpang siur. Namun, mereka ini akan membunyikan HON sekiranya kita mengganggu perjalanan mereka. Oleh itu, WAJIB ambil Takaful Traveller. Manalah tau, accident ke. Selain daripada itu biasanya insurance ni akan cover jika kita sakit kronik ke, baggage hilang ke... Sediakan payung sebelum hujan yea
5. Jangan lupa aktifkan pengeluaran ATM di luar negara. Mana tau kita kehabisan CASH..
PEMERHATIAN PENGEMBARA
1. Kenderaan utama di bandar Ho Chi Minh ialah motosikal. Keadaan trafik adalah dipenuhi dengan motosikal yang kebanyakannya skuter. Mereka mengenakan topi keledar yang hanya menutupi sebahagian kepala (topi keledar kura2).
2. Makanan utama di sini ialah pho (bunyi - fer) yang dimakan bersama dedaun ulaman.
3. Matawang utama yang digunakan di sekitar pasar Ben Thant dan kebanyakan kedai ialah MYR. Pelik kan? Selain itu mereka juga menerima matawang USD dan VND.
4. Kebanyakan pemandu teksi tidak pandai berbahasa Inggeris. Komunikasi agak sukar dan mudah berlaku penipuan.
5. Kebanyakan peniaga di kedai wholesale, sekitar pasar Ben Thanh dan jalan Nguyen An Ninh boleh berbahasa Malaysia. Nampak tak, betapa mudah mempelajari Bahasa Malaysia...
6. Ramai orang tempatan makan di gerai di tepi kaki lima. Mereka memasak di situ sambil minum minuman keras. Kerusi yang digunakan juga rendah dari saiz biasa.
7. Dalam banyak2 kedai makan halal di jalan Nguyen An Ninh, yang paling murah ialah HALAL AMIN. Selain dari murah, rasa makanannya juga sedap. Kuih BINGKA UBI di sini memang terangkat. Kami repeat makan bingka ubi 2 kali di sini. Kami tak sempat makan di kedai Haji Idris dan Nha Hang Basiroh. Nha Hang bermaksud restoran.
8. Kaedah pemanduan adalah LEFT HAND DRIVE. Kita akan rasa janggal kerana berlainan dengan di Malaysia.
9. Grab car dan Grab motorbike banyak di sini, tapi kami guna teksi Vinasun ja.. Sebabnya kalau naik grab, tak terjamin weyyy... Tak ada insuran, Kalau naik teksi Vinasun, sure la ada insurans kan...Malang tak berbau Tipah!!!
No comments:
Post a Comment