Saturday, January 5, 2019

Tips menyimpan wang untuk pendidikan tinggi anak


Mentaliti ibu bapa kita dahulu ialah jika mahu lanjutkan pelajaran anak-anak, mereka mesti dapatkan BIASISWA atau pinjaman pelajaran. Ini disebabkan mereka adalah orang kampung yang kebanyakannya bekerja sebagai petani. Pendapatan mereka juga tidak seberapa. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi; kais petang makan petang. Tetapi bagi kita yang agak berkemampuan, seeloknya menabunglah sendiri untuk mengelakkan masalah kewangan ketika anak2 memerlukannya suatu hari nanti..

Namun pada zaman sekarang, boleh dikatakan tiada lagi konsep biasiswa. Kebanyakan skim yang ada adalah pinjaman pelajaran seperti PTPTN. Konsep pinjaman, of course lah kena bayar balik kan...Bila kena bayar balik, inilah masalah yang terbeban pada anak kita. Hakikatnya adalah tanggungjawab ibubapa memberi pelajaran yang baik kepada anak-anak. Bukan tanggungjawab anak kita sendiri...

Atas kesedaran ini, saya telah mengambil inisiatif untuk menyediakan perbelanjaan pelajaran untuk anak2 tanpa mengharapkan skim pinjaman pelajaran. Cara saya ialah:

a) Beli insurans pendidikan seawal yang mungkin.
Banyak pilihan insurance/ takaful yang patuh syariah ketika ini. Antaranya takaful siswa (Takaful Malaysia), Takaful Aliff (Maybanlife) dan Takaful Intelek (Etiqa Takaful). Untuk anak2 saya ambil ketiga2 pelan ini. Tempoh matang pula sehingga mereka berumur 24 tahun.
b) Simpanan di Lembaga Tabung Haji secara bulanan.
Simpan sebahagian gaji secara tetap kepada setiap anak. Katakan RM100 setiap bulan untuk setiap anak. Boleh buat potongan gaji jika perlu. Saya simpan secara CASH sahaja. Bila amaun dah banyak, saya depositkan ke akaun tabung haji samada di kaunter atau pindahan wang
c) Duit raya
Setahun sekali ketika raya, boleh tahan juga collection anak2 kita. Jangan membazir beli mainan untuk mereka. Baik simpan dalam tabung haji ye..
d) Simpan secara lum sum ketika dapat bonus
Simpan sebahagian yang dirasakan sesuai.

Marilah sama2 kita menabung untuk masa depan anak2 kita. Jangan hanya harapkan bantuan kerajaan sahaja. Rancanglah seawal mungkin... 

1 comment:

  1. numpang promote ya min ^^
    Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete