Monday, December 31, 2018

Cara tentukan arah kiblat di luar negara

MENENTUKAN ARAH KIBLAT

Terdapat pelbagai cara menentukan arah kiblat. Pada percutian kami ke Ho Chi Minh yang lalu, saya gunakan kaedah ini. Caranya ialah :
1. Semasa di Malaysia lagi kita cari kedudukan bandar yang hendak kita lawati. Dalam kes saya, bandar yang ingin dilawati ialah Ho Chi Minh.
2. Gunakan website https://www.muslimpro.com/. Cari lokasi dengan memasukkan nama bandar. Jika di tempat yang kita lawati ada kemudahan internet, hanya gunakan website ini telah mencukupi utk kita mencari arah kiblat. Step seterusnya tidak perlu dilakukan ya..
3. Bagi Ho Chi Minh, arah Qiblat ialah 288 darjah dari arah Utara.
4. Menggunakan smartphone, buka aplikasi kompas. Gerakkan anak panah (biasanya berwarna merah - tetapi bukan yang bertanda N yea..) ke arah 288 darjah dari Utara. Apabila anak panah merah atau angka 288 telah dipaparkan, bermakna itulah arah kiblat yang dicari..
5. Jika tiada smartphone, boleh gunakan kompas biasa atau sebarang phone yang ada kompas sensor..
Ka’bah di Masjidil Haram disebut sebagai kiblat oleh umat Islam kerana ia menjadi arah yang kepadanya orang harus menghadap dalam mengerjakan solat di mana jua mereka berada...

No comments:

Post a Comment