Sunday, November 3, 2019

Tempat menarik di Las Vegas, Nevada USA

Selesailah sudah conference yang saya hadiri. Setiap hari selepas conference, aktiviti koko kami pun bermula. Almaklumlah, bukan senang nak pi USA kan. Alang2 dah sampai, peluang keemasan untuk kami jelajah tempat2 menarik di sini. Sebelum tu nak habaq yang perjalanan kami ke sini memakan masa lebih kurang 23 jam menaiki United Airlines dan ANA All Nippon.. Transit 2 kali iaitu di Tokyo dan San Francisco. Manakala masa balik Malaysia pula transit di Los Angeles dan Tokyo. Selesai sahaja checkin di hotel, kami terus je keluar jenjalan sekitar hotel. Tak ada pula di antara kami yang jet lag.. Pelik kan. Oh ya, cuaca di Las Vegas nyaman aje. Suhu dalam 18 darjah Celcius. Musim sekarang iaitu bulan Oktober adalah Musim Luruh(Fall) atau Autumn.
Hotel Venetian tempat kami checkin selama 9 hari 8 malam. Rate semalam ialah $189. Kami sewa kereta FORD EDGE supaya mudah pergerakan.

Di antara tempat menarik yang SEMPAT kami kunjungi :

1. Las Vegas South Premium Outlet
Di Las Vegas terdapat dua premium outlet iaitu North dan South. Kami pergi South dahulu. Outlet pertama kami singgah ialah COACH. Kebanyakan bags yang dijual ada diskaun sehingg 70 + 20 %. Gila murah you all, kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia (ini menurut kata kawan yang selalu beli brand Coach la. Saya baru je nak berjinak2 dengan brand niee). Sebab dah kat US, kenalah beli barang USA BRAND walaupun hakikatnya kebanyakannya adalah made in Vietnam, China dll.
Antara barang yang sempat kami grab. Handbag, wristlet, purse, pouch dll. Souvenir untuk family yang ditinggalkan di Malaysia.

COACH.
Lepas Coach, kami pi Kate Spade, FOSSIL, VANS, LEVI'S dan banyak lagi


2. Las Vegas North Premium Outlet
Selepas belian pertama di South Premium Outlet, masih ada lagi barangan yang perlu dibeli untuk diri sendiri dan kawan2 yang mengirim, kami TERPAKSA pergi ke outlet North pulak.. Sebenonya memang nak pi...Kih kih kih...

LV North Premium Outlet welcomed u. R u ready?

Nampak tak handbag ni. Oleh kerana saya tertinggal Credit Card di hotel, dapat beli ni je. Terpaksa guna CASH..


3. Fountains of Bellagio
Air pancur berirama ini amat indah kerana liuk lentuk pancuran airnya mengikut irama yang dimainkan ketika itu. Lagu yang dimainkan ketika kami di sini adalah irama sentimental. Agak syahdu jugak lah. The show is every 30 minutes from 3pm to 8pm Monday through Friday and every 15 minutes from 8pm to midnight. On Sundays the show starts at 11am every 30 minutes until 7pm when the show goes on every 15 minutes until midnight  (hehe.. copy dari website XXX Resorts)



4. Las Vegas Eiffel Tower
Kat Vegas ni, macam2 ada. Tak payah nak pi Paris, France.. Kat sini pun ada Eiffel Tower tau. Sebenarnya kami tengok dari depan Fountains of Bellagio je. Tak pi dekat sana pun. Kalau nak naik ke Eiffel Tower Viewing Deck kena charge la wei.. Serem..
Dapat tengok dari sini pun kira ok la tu..


5. Gondola Rides at The Venetian
Tak dapat naik Gondola kat Venice, Italy dapat naik kat Vegas pun dah cun sangat. Cuma tiket rides dan foto yang tak cun. Rides $29 manakala foto $60. Harung je la..
Time ni baru lepas checkin hotel. Terus je ambil gambar sebelum ronda2 sekitar the Venetian hotel ni.


6. Madame Tussauds
Korang... Bila lagi nak dapat bergambar berdua dengan celebrity Hollywood.. This is the right time.. Tapi kann, celebrity ni cuma patung yang diperbuat dari lilin je la...Hehe
Ni sapa yek.. Jennifer Aniston kot

 Jacko yang dah mati ni pun boleh hidup semula. Seram hakak... Semalam dah la tengok Konsert dia.. Hish..harap tak muncul dalam mimpi la..

Entrance ke Madame Tussauds. Entah apa le makna dia ye. Bunyi macam 'Two Sods'. Lantak le labu.

Mamat hensem ni sapa ye. Tak kenal lak


7. Welcome to Fabulous Las Vegas Sign
Kalau dah sampai sini, kenalah ambil gambar kenangan kan. Papan tanda ni memang a must visit place kalau ke sini. Ramai je orang yang jakun macam kami ni...Hihi
Selesai misi bergambar di 'Welcome to Las Vegas sign'..

Ramai yang queue up menunggu giliran untuk mengambil gambar di sini. Tapi, kami malas nak queue. So, kami ambil gambar di bahagian tepi sign board tu. Tak center pun tak apa, asalkan nampak papan tanda tersebut..

8. Michael Jackson One by Cirque du Soleil
Kebetulan masa kami ke Vegas ni, kumpulan Cirque du Soleil sedang mengadakan show dan antara show yang menarik perhatian kami ialah Michael Jackson One. Show yang lain2 macam ada romantik/ seksi meksi scene sikit, kata penjual tiket tu. So kami pilih Michael Jackson sebab memang saya minat lagu2 dia. Tapi, tiket price dia yang paling mahal di antara show2 tersebut. $130 per person you all, kalau convert ke RM sebanyak RM545... Huwa.. mahal tak?..

Kami tengok show ni pada malam Isnin, seat pun tak penuh. Masa show dalam 1 jam setengah. Memang terbaik show dia. Kebanyakan lagu Michael Jackson dinyanyikan. Plus dengan persembahan akrobatic ala2 sarkas. Tarian wired dance pun ada. Peralatan mereka sungguh canggih dengan cahaya lampu dari segenap arah, akrobats mereka pun banyak kali keluar dari atas bumbung hall. Memang best sangat. Sound system pun hebat sangat, Memang puas hati la...

Sebelum show bermula, kami curi2 ambil gambar dan video.

Spt biasa, model from Malaysia..

9. Walmart
Walmart ni kalau kat Malaysia spt Mydin la. Macam2 ada di sini. Saya beli 5 pcs benang jahit je untuk mak. Barang lain sama je macam kat Malaysia. Ke sini sebab kawan nak beli khemah dan ice cooler untuk isi EBM balik Malaysia...


10.Hoover Dam
Empangan air yang terletak di antara sempadan state Nevada dan Arizona ni terletak tidak jauh dari Las Vegas. Kami ke sini pada hari terakhir di Las Vegas. Memang cantik tempatnya.

Apa2 pun, pose dulu. Ini kan last day kat Las Vegas..

Biru warna air empangan ni.. Sebiru warna langit...

3 model dengan gaya masing2,,

11.Walgreens
Walgreens main business ialah Pharmacy tetapi hanya beroperasi sehingga jam 9 malam sahaja. Selepas itu, hanya bahagian convenient store yang beroperasi selama 24 jam. Kami beli beberapa keperluan spt air mineral, ais dan sedikit cenderahati berupa keychain di sini.

12.Fremont Street/ Down Town
Area sini memang happening waktu malam. Bermacam2 tarikan di sini antaranya :

  • Slotzilla, the best zipline in the world.
  • Konsert live berpentas
  • Pemuzik di atas kenderaan. Ada uncle tu, tiupan saxsophone dia...Terangkat.. Best tau. Macam Ahmad Nawab la...
  • Penyanyi jalanan. Time kami kat sini ada Michael Jackson tiruan nyanyi lagu 'Billy Jean'. Gaya dan tarian dia memang sebiJohn macam Michael Jackson. Saya masukkan $1 je sebagai hadiah. Hihi..
  • Pertunjukan movie/muzikal di lelangit antara bangunan. Kalau jalan kat sini, basically kena pandang atas sebab nak tengok animasi dan slotzilla...Susahnya nak explain. Korang pi tengok sendiri lah nanti yea..
  • Gadis tidak berbaju yang seksi meksi. 
  • Nenek tidak berbaju yang seksa meksa.. Kih3...
  • Beer di sana-sini
  • Deretan kedai cenderamata. Kami ada beli T-Shirt 1 love Vegas, FM, keychain, tray, alas mug dan lain2
  • Jualan bunga yang diperbuat dari daun kelapa
  • Macam2 lagi

Di Fremont Street ni terkenal dengan Pesta Cahaya (Light Show).

Nampak tak kat atas kepala saya tu. Itu lah movie di lelangit tiruan...

Pemain saxsophone yang tidak kurang hebatnya.. Yang kat papan iklan tu ialah slotzilla.


13.Hard Rock Café Las Vegas
Kami pergi 2 outlet HRC, yang first tu pi hotel dan Casino dia. Yang kedua baru pi store yang betul menjual pelbagai T-shirt dan barangan HRC yang dicari.
Tak beli apa2 pun kat sini. Pilihan terhad.

HRC yang ni dekat dengan MGM Grand. Outlet dia berhampiran dengan Coke Store.

14.Coca Cola Store Las Vegas
Coke store ni menjual banyak barang2 spt T-Shirt, Cermin Mata, Cap, Bag dan lain2 lagi. Saya beli pen sahaja sebagai cenderahati (pen coke ni warna merah dan mata pen sebanyak 6 warna. Harga $3.95 tau).
Entrance Coke Store. 

Besau tak botol Coke biru tu? Sama besar dengan modelnya..


15.Grand Canyon National Park @ Arizona
Grand Canyon ni letaknya di state Arizona, bukan Nevada. Jarak perjalanan dari Las Vegas ke National Park ni sejauh 277 miles (445 km). Lama perjalanan kami ialah 5 jam melalui kawasan gurun yang berhawa sejuk. Terdapat beberapa kawan hentian untuk mengisi petrol dan kedai makanan segera seperti McDonalds.

Inilah tempat yang kami nanti-nantikan. Tempat yang sungguh cantik dan saujana mata memandang. Sungguh indah ciptaan Allah yang Maha Agung. Tak tergambar dengan kata-kata mahupun foto yang diambil, betapa cantiknya kawasan batu batan dan gunung ganang yang pelbagai warna. Suhu yang amat sejuk (dalam 2 darjah Celcius) menyebabkan pergerakan kami terbatas. Glove yang saya pakai tak cukup tebal untuk suhu sesejuk ini.

Pemandangan yang cantik tak dapat digambarkan...

Tahan sejuk untuk ambil gambar. Tangan saya rasa kebas sebanyak 3 tiga kali kerana kesejukan yang melampau. Kalau pakai glove, susah nak ambil gambar pulak. Tu yang kesejukan sebab tak pakai glove..

Gambar dari sudut atas. Subhanallah..

Macam mimpi jer saya sudah menjejakkan kaki di sini..

Aktiviti trekking menuruni cerun batuan. Saya turun sekerat jalan sebab tidak tahan cuaca sejuk..

Nak hilangkan sejuk, saya berjemur di bawah cahaya matahari, tapi still sejukk..

Pokok2 di sini berdaun kecil.

Kami bermalam di Kachina Lodge di Grand Canyon National Park ini. Suhu yang sejuk menyebabkan tiada aktivi waktu malam yang kami lakukan. Lagipun, agak bahaya di luar sana pada waktu malam. Bahaya yang dimaksudkan ialah binatang liar. Kami makan malam di McD. Pada awalnya nak dinner di Pizza Hut tapi, masa nak oreder tu, ada ternampak menu 'pork', so tak jadi makan di sini...

Pagi hari pula kami menikmati pemandangan sunrise yang sungguh cantik. Breakfast pula, kami hanya makan Maggie dan biskut serta telur setengah masak (sebenarnya suku masak). Selepas checkout, kami terus menikmati keindahan Grand Canyon di Dessert View pula. Di sini kelihatan kawasan Gurun Arizona. Ada lookup point (menara tinjau) disediakan.

Tumbuhan dan bunga di kawasan Grand Canyon. 

Inilah puncak kepada tempat menarik yang kami lawati sepanjang trip ke USA kali ini. Entah bila lagi akan ada yang kedua kalinya... Ermm...

16. Route 66 @ Arizona
Perjalanan ke Grand Canyon akan melalui kawasan ala2 kampung Cowboy yang dinamakan Route 66. Kami singgah sekejap, pi toilet dan beli sedikit cenderahati di sini.
Depan kedai di Route 66. 

Cantik tak 3 orang model dari Malaysia ni?

Di antara tempat menarik yang TIDAK SEMPAT kami kunjungi :
1. Statue of Liberty. Kami hanya pass by sahaja
2. Pyramids of Las Vegas iaitu Luxor Hotel dan Sports Arena - hanya pass by juga. At first tak tau apa nama hotel yang bentuk pyramid ni..Hihi
3. Banyak lagi lah

Sekian sahaja cerita saya di Las Vegas.. Jumpa lagi di entri Kemboja pula pada bulan Disember nanti. Insha Allah..

No comments:

Post a Comment