Di Las Vegas ni banyak aje makanan halal kalau nak cari. Cuma kebanyakannya adalah makanan ala2 makanan Pak Arab seperti kebab, shawarma (sandwich) dan nasi Arab. Nak cari makanan Malaysia, memang susah la kot. Kena cari student or rakyat Malaysia yang dah lama menetap di sini baru senang nak cari gamaknya.. Ala, kami kami kat sini cuma 8 hari je, so dapat makan nasi Arab pun dah ok sangat ... Selain dari makan fillet o fish di McD, ada beberapa restoran yang kami selalu makan.
MAZA
Antara tempat makan yang kami terjah ialah :
1. MAZA Mediterranean & Turkish Halal Grill & Lounge
Restorannya agak cantik, besar dan nampak mewah. Harganya pun mewah juga...
Saya sempat grab Business Card Maza dan Al Madina...
2. PRO Kabob Afghan Restaurant
Makanan di sini sedap dari yang lain. Kami repeat 2 kali ke sini. Nasi Arab dia memang sedap dan portionnya agak besar..
3. AL MADINA Halal Family Restaurant
Kami makan malam di sini sebaik sahaja kembali ke Las Vegas dari Grand Canyon National Park. Makanan sedap juga. Saya makan roti Naan sahaja.
4. Istanbul Mediterranean
Kami pack makanan di sini pada malam pertama sampai di Las Vegas. Saya share dengan Intan, tapi tak habis sebab banyak sangat. Kiosk sahaja, tiada tempat makan pun tetapi banyak je tempat duduk2 dan boleh makan di situ. Kali kedua kami beli ais krim je di sini..
Lepak makan food yang dibeli di Istanbul Mediterranean yang berhampiran dengan hotel Venetian.
5. Flame Kabob
Saya makan kebab ayam di sini. Sedap tapi seperti biasa, portionnya besar. Kami sambung makan di hotel..
Sandwich dan Fries. Harga tak ingat la..
Kalau korang datang Vegas, jangan lupa singgah kat restoran di atas ye. Nak cari lokasinya, senang je. Guna Google Maps atau GPS lah ye.. Saya pun tak ingat addressnya kecuali yang ada business card di atas...
No comments:
Post a Comment