Saturday, December 28, 2019

Jalan-jalan di Siem Reap (Cambodia)

Kami memilih Siem Reap sebagai destinasi percutian 2019. Pada asalnya nak jelajah Angkor Wat, tetapi akhirnya tak pergi situ pun. Hakak yang decide not to go there...

Sebabnya spt di bawah:
1, Harga tiket masuk amatlah mahal iaitu $37/person. Kami berlapan so jumlahnya sebanyak $296 yang bersamaan dengan RM1243. 
2. Mak, ma dan abah dah tak larat nak jalan jauh. Kalau ke kawasan angkor ni memang kena berjalan jauh dari satu temple ke satu temple yang lain. Mereka ni dah tak larat dah. Sakit lutut weii..
3. Daripada duit tiket tu dibazirkan kan kat agama bukan Islam, lebih baik kami dermakan kepada pemandu TukTuk ke, madrasah ke, makan-makan ke..
4. Saya cadang nak pergi lagi suatu hari nanti. Suatu hari yang indah. Hanya untuk tengok Angkor Wat jer sebagai tapak warisan UNESCO. Bukan nak agungkan agama diaorang ya..Time tu tak yah la bawa anak-anak dan mak-ayah..
5. Banyak lah lagi sebab lain. Kan pepatah Melayu ada mengatakan "NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH".. Haa,, tau tak pa...

FLIGHT
Flight kami dari KLIA2 pada jam 6.45 am. Kalut juga sebab panggilan terakhir untuk ke Siem Reap pada jam 6.15 pagi, just nice je lepas kami solat Subuh. Surau pula sangat ramai orang. Kami sampai di airport SIEM REAP pada jam 7.45 am waktu di Siem Reap (8.45 am waktu Malaysia). 
Harga tiket bersama meals utk 8 orang return sebanyak RM3683 (RM 460.40/person). 

PENGINAPAN
Kami book BOU SAVY VILLA melalui Booking.com. Harga villa ni $190.35 (RM792) bagi 2 bilik selama 4H 3M. Bilik jenis Family Room dengan 2 katil King bagi setiap bilik. Bilik air besar dan ada balcony. Memang puashati duduk villa ni. Bersih dan ada swimming pool. Tapi kami tak sempat pun mandi swimming pool. Lupa nak bawa swim attire..
Sebenarnya harga villa ni termasuk breakfast dan free pickup and transfer di airport. WIFI juga disediakan dengan speed line yang memuaskan. Bagi saya, memang berbaloi sangat. Cuma breakfast tu kami tak join, kami makan di restoran muslim yang berhampiran sebab tak pasti status halal makanan di situ.

BOU SAVY VILLA.. Bed and Breakfast

Lepak jap.. Mama & dotter

Hi All... Welcome to Siem Reap

PENGANGKUTAN
Pemandu TukTuk kami ialah En Nasir dan En Zakariya. Beliau (Nasir) beragama Islam dan fasih berbahasa Melayu. Berketurunan Melayu Champa. Sebelum datang ke Siem Reap, saya survey harga TukTuk di blog2 yang ada. Dalam banyak2 tu, Nasir menjadi pilihan hati...Chewah... Macam memilih pasangan lak.. Kih Kih..

Happy faces during TukTuk rides.. Berangin je.. Aircond semulajadi kot


MAKANAN DAN RESTORAN HALAL
Kami bawa bekalan makanan berupa mee MAGGI, roti GARDENIA, Biskuts dan 3 in 1 Coffees. Selain daripada itu, kami makan di kebanyakan restoran muslim di sini. Antaranya ialah The Siem Reap Bacpackers, Muslim Family Restaurant, Muslim Family Kitchen, Wau dan Serkirin Marry Restaurant. Ingatkan nak try KFC tapi, memandangkan ma tak makan ayam, so kami tak jadi makan di sini.

Muslim Family Restaurant. Lunch Day2 kami berharga S29 (RM 121)

The Siem Reap Backpackers Halal Restaurant. Lunch Day1 kami berharga $17 sahaja bersamaan dengan RM 71.

Serkirin Marry Restaurant. Breakfast Day1 kami berharga $17.50 (RM 73.50). 

Muslim Family Kitchen letak foto2 pengunjung restoran mereka.

Di antara restoran yang kami makan, makanan yang paling sedap dan murah ialah di The Siem Reap Backpackers Halal Restaurant. Memang kena dengan tekak kita orang Malaysia lah...

Di antara tempat yang kami lawati ialah :
1. Artisan D Angkor (SILK FARM)
Sementara menunggu masa Checkin pada jam 2 pm, kami ronda dulu di Silk Farm. Kami ditunjukkan dengan cara pembuatan sutera bermula dari pembiakan ulat sutera sehingga proses pembuatan kain sutera. 
Ulat Sutera yang masih baby sedang menikmati makanan lazat mereka iaitu dedaun MULBERY..

Ulat sutera yang telah kenyang akan bertapa dan akhirnya membentuk kepompong (COCOON). Di dalam cocoon inilah akan terbentuknya rerama.

Betapa khusyuknya delegasi dari Malaysia ni mendengar penerangan dari tour guide.. Macam minat sangat...



2. PHARE Cambodian Circus
Masa baca review dari TripAdvisor tu kata, persembahan mereka ni macam kumpulan Cirque De Soleil. Sebab tu hakak teringin sangat la nak nengok kan. Kan hakak baru je balik dari Las Vegas dan tengok persembahan mereka ni dalam Show Michael Jackson One haritu....Harga tiket $18/ person bagi seat di Section C. Tiket untuk kanak-kanak $10. Ni tiket paling murah tau. Kedudukan section C di bahagian kiri atau kanan pentas la... Kalau di hadapan mahal la harga dia...

Selepas menonton persembahan dia, jauh sangat la persembahan mereka dengan kumpulan Cirque de Soleil tu... Tapi, hakak suka juga part akrobats yang melompat kat atas 2 level akrobats yang sedang berdiri tu. Bagus juga persembahan mereka. Secara ringkasnya, ok juga la. Cuma tak faham sangat, mesej yang ingin disampaikan. Ada cerita sebenarnya...
Layan video ni okay...

Suasana tempat duduk dalam Cambodian Circus theatre. Ramai gila mat2 dan minah Salleh you all...Tourist yang bertudung hanya kami sekeluarga dan ada seorang lagi yang seatnya opposite dengan seat kami.

Popcorn.. popcorn.. Anybody??


3. HARD ROCK CAFE
Kami masuk sekejap je kat sini. Bajet nak beli T-shirt tapi bila tengok price dia,terus tak jadi beli. T-shirt yang biasa round neck collar tu berharga $25. Kalau convert to Ringgit jadi RM105. Mahal ke idokk??
Rock jangan tak Rock beb....

Hard Rock Café Angkor entrance..

Cafe Batu Keras, Angkor

4. NIGHT MARKET
Pasar malam di sini ada setiap malam. Pelbagai barangan cenderamata, T-shirt, kain sutera Cambodia dijual di sini. Hakak beli table runner, seluar Alladin dan kain meter untuk ma dan mak. Hawa dan Adam beli FM untuk kawan2 diaorang..
 Gerai makanan yang di sini menggunakan motosikal. Susunan gerai sangat kemas dan teratur. Boleh dikatakan bersih la juga. Tiada payung digunakan seperti pasar malam di Malaysia. Cuma... makanan di sini semuanya non-halal. Tapi kalau berani, boleh lah cuba buahan segar yang dijual..

Night market ada dua bahagian iaitu OLD MARKET and NEW MARKET. Kebanyakan barangan yang dijual adalah sama. Cuma di New Market ada banyak SPA dan urut mengurut ni. 

Kedai ni famous dengan FM yang termurah iaitu $1/5 pcs. Nampak tak nama kedai dia (RIZY SYTY). Hakak ada terbaca dalam review ramai bloggers, memang kedai ni yang paling murah, i tell u..


5. KILLING FIELD
Sayu je hati tengok foto2 manusia yang disiksa sebelum dibunuh oleh pemerintah komunis di Cambodia ni.Memang tiada belas kasihan dan sifat peri kemanusiaan. Selain foto, ada tengkorak dan tulang belulang manusia yang dibunuh semasa pemerintahan Rejim Pol Pot dahulu dipamerkan di sini. Perigi tempat pembunuhan serta alatan yang digunakan juga ada.


Besi yang digunakan untuk mengikat kaki mangsa kekejaman Pol Pot...

Yang belah kanan tu la en Nasir.. driver TukTuk merangkap tour guide kami. Dengan bersemangat memberi informasi kepada abah.

Perigi maut..

Tulang belulang serta tengkorak manusia yang telah dibunuh kejam di dalam perigi maut tadi..

Juga ada seorang survivor yang masih hidup di sini sambil menjual buku hasil tulisannya. Ramai mat Salleh yang beli buku ni. Tapi hakak, malas nak beli. Baca dalam internet je la kot...


6. WAR MUSEUM
Alkisahnya, dari itenarari sebenar tempat ni tiada dalam senarai. Sepatutnya kami ke LANDMINE MUSEUM. Oleh kerana lokasi Landmine Museum tu jauh dari pusat bandar tempat villa kami, hakak decide tukar ke War Museum. Lagipun di War Museum pun banyak aje periuk api yang dimaksudkan.
Di sini banyak je peralatan perang berupa senjata api, meriam, peluru, periuk api, kereta kebal dan helicopter perang. Peralatan perang diletakkan di pondok, manakala kenderaan pula dipamerkan di kawasan terbuka yang ditanam dengan pohon mangga. Ok juga ada pokok kan.. kalau tak panas terik kot...

Helicopter perang ...

Kereta kebal

Peluru ke apa ni? Hakak tak tau la..

7. T-GALLERIA DUTY FREE SHOPPING MALL
Sebenarnya mai ke Cambodia ni memang tak de niat langsung nak shopping. Sebab tu, kami tak beli luggage pun. Pi T-Galleria ni saja nak Window Shopping. Barang yang dijual di sini memang yang diimport dari luar negara dana BRANDED la beb. Macam kat Las Vegas Premium Outlet tapi kat sini tak ramai pun manusia. Kami cuci mata je. COACH pun ada ye.. Daripada beli kat sini, baik hakak beli kat Genting Highland Premium Outlet kan...
Landskap di T-Galleria

T-Galleria entrance. 


Oleh kerana dah masuk sini, belilah juga coklats yang berharga $26 (RM109). Jangan main2, masa nak bayar kena represent our passport tau..Tak tau la untuk tujuan apa..

2 cans of LINDT LINDOR chocolates and a packet of Hershey Kisses

Chocolates zone..


8. ANGKOR-WAT
Tak dapat masuk ke dalam,sebab tak beli tiket, kami hanya berfoto di atas jambatan berhampiran dengan main entrance je. Selepas 5.30 pm, waktu melawat telah tamat, tetapi pelawat dibenarkan masuk tanpa tiket selama 1 jam. Tapi kami tak masuk pun ke dalam kerana hari dah hampir senja.

Pelawat lain dah nak balik, kami baru nak masuk...

Jambatan sementara yang diperbuat daripada gabungan pelampung. Jambatan sebenar yang dalam pembinaan belum siap lagi...


Angkor Wat dikelilingi tasik. Pemandangan ketika sunrise dikatakan sangat cantik, tapi kapi lebih sayangkan bantal dan selimut di villa..

Seram tak? Dah lah time senja, berfoto pulak di replica ular/ naga berkepala tujuh.

Model cilik bersama water bottle ...

Cantik tak haze mask yang hakak jahit ni... Specially made to be used when in Cambodia...

Pose wajib anakanda tercinta.. love u all

Pose wajib mommy..

Selfie dalam selfie dalam selfie...


9. MADRASAH AR RAFEE'AH
Masa usha blog2 berkaitan Siem Reap, terjumpa blogger punya review kat madrasah ni. Hakak pun tanya Nasir samada kami boleh beli barangan berupa makanan kering untuk digunakan untuk jamuan makan anak2 yang belajar di madrasah ini. 
Sampai di madrasah, kami dibawa berjumpa ustaz Ismail yang menjadi pengelola madrasah dan masjid di sini. Ustaz ni tidak boleh berbahasa Melayu...
Kami pergi berbelanja di sebuah kedai runcit. Antara barang yang dibeli ialah beras, minyak masak, gula, garam, kicap, bawang dan biskut.
Anak2 di sini berkumpul beramai2 meraikan kedatangan kami. Biskut uang dibeli, kami agihkan. Mereka sangat happy, kami juga happy.

Di hadapan masjid yang bersebelahan dengan madrasah.

Pengagihan biskut kepada anak2 madrasah

Gambar kenangan di hadapan madrasah

Keadaan meja dan bangku yang digunakan dalam sesi pembelajaran kelas agama Islam.

Anak2 madrasah yang comel2. Yang kanan sekali tu Zakariya (driver TukTuk kami)...

Kami solat zohor di masjid ini. Adam jadi imam. Ustaz Ismail yang suruh Adam jadi imam... Hahaha... Nasib baik selalu jadi imam solat kat rumah. Kau tak, naya jugak ...

10. TASIK TONLE SAP
Menyusuri tasik terbesar di Asia Tenggara adalah pengalaman yang mahal semahal harga tiket boat rides sebanyak $15 seorang. Nasib baik kanak2 tak dikenakan tiket, Alang2 dah sampai sini, kami pun ronda2 naik boat...
Tasik ini ada pasang dan surut tau macam air laut juga. Pelik tak? Ini semua adalah kekuasaan ALLAH.. 
Ketika kami datang ni adalah masa air surut. Sebab tu air tasik merah dan keruh. Bila lihat pohon2 di tepi tasik, kelihatan banyak plastik yang melekat di dahan yang tinggi. Ini menunjukkan ketika air pasang, air pernah sampai setinggi itu..
Jeti untuk boat rides..


Kami berlapan bersama Nasir sebagai tour guide..
 

Luasnya tasik ini tidak dinafikan lagi. Sampai di tengah tasik, kami merasakan seperti di lautan yang luas. Tidak kelihatan langsung kawasan daratan.. Serem hakak..

Di atas menara tinjau yang paling tinggi di atas kedai terapung. Di bawahnya ada ladang buaya tau.. Gayat tak..

Lompat si katak lompat. Lompat la tinggi tinggi. Cepat la adik cepat. Cepat la bangun pagi pagi...

Ni buaya darat ke buaya tasik? Menurut cerita yang diriwayatkan oleh pemandu pelancong kami, buaya di tasik di sini unik sikit sebab buaya di sini takutkan orang sini. Sebab orang sini kalau nampak buaya, diaorang akan kejar dan tangkap untuk dijadikan makanan. Kulitnya pula dijual dengan harga yang mahal. Percaya ke idok??

Pemandangan di kawasan tasik...

Buaian. Gayat weiii..

Di sebelah kiri, kulit buaya ori. Sebelah kanan pula, kulit buaya yang telah diproses dan sedia untuk dijadikan beg tangan, kasut dsb

Menurut Nasir, penduduk yang tinggal di kawasan tasik kebanyakannya ialah warga Vietnam. Mereka tidak dibenarkan menetap di kawasan daratan oleh pemerintah Cambodia tetapi dibenarkan menetap di kawasan perairan. Sebab itu mereka tinggal di sini. Di kawasan ini, ada sekolah, pasar, kedai dan gereja. Lengkap juga kemudahannya, cuma rata2 mereka ini miskin. Pendapatan mereka dari hasil tangkapan ikan di tasik ini. 

11. LOTUS FARM
Pada asalnya kawasan ini adalah ladang menanam pokok teratai untuk dijual sahaja. Tetapi, kini dijadikan kawasan untuk pelancongan juga iaitu menikmati keindahan pokok dan bunga teratai sambil menikmati makanan di pondok terapung. 
Bunga ulam raja, balung ayam, bunga butang, bunga matahari juga ditanam di keliling lotus farm.

Nak tayang pouch COACH ke tu..

Tak wangi pun bunga matahari ni. Harap cantik jer.. Yang kat belakang bentuk macam pyramid tu adalah pondok makan terapung.. Setiap pondok makan ada hammoc tau. Boleh tido kot..

Pokok dan bunga teratai.

Buah teratai boleh dimakan. Nasir beli buah teratai yang telah direbus dan yang mentah untuk kami cuba. Sedap juga rasanya. Tapi, untuk kami beli tu memang tak lah. Banyak lagi makanan lain kan..

Kincir air mini. Nampak tak bunga butang berwarna purple tu.


Luas juga kawasan tanaman bunga teratai ni. Ada yang sudah dituai dan ada yang belum. Bayaran yang dikenakan adalah $1 untuk 2 orang.

Bunga matahari dijemur untuk dijadikan kuaci kot..

Bunga matahari dari jarak dekat.



12. ANGKOR THOM
Sempat ambil foto di entrance je. Tak berani masuk sebab dah tiada orang beb selepas 5.30 petang. Lagipun waktu dah gelap, serem hakan nak masuk..



Cantik tak model cilik dari Malaysia ni

Kat tangga pintu masuk. Boleh je masuk tapi perasaan takut tu menebal sebab tak nampak kelibat sorang pun kat situ..


Cheese...


13. PUB STREET
Pada waktu malam, kawasan ni disinari cahaya lampu yang cantik. Di kiri kanan jalan adalah pub2 yang menjual beer. Mat salih memang suka tempat ni sebab beer dijual murah serendah $1. Makanan eksotik spt ular dan kala jengking juga ada dijual. 
Kenangan di PUB STREET, SIEM REAP

Pesta cahaya

Tak setanding Freemont Street di Las Vegas la..

Itulah sahaja cerita kami di Siem Reap. Total perbelanjaan kami ialah RM7918. Purata perbelanjaan seorang ialah RM990. 

Next trip ke mana pula ye? Tunggu...


No comments:

Post a Comment