30/11/2013 (Sabtu)
Kami bersarapan pagi di cafe hotel pada jam 9:30 pagi. Banyak juga makanan pagi itu seperti nasi lemak, kue teow goreng, kueteow sup, kentang goreng, nugget ayam, hotdog, bubur nasi, telur mata, roti bakar dan buah tembikai. Kami checkout pada jam 11:00 pagi dan terus ke Zoo Johor. Harga tiket masuk untuk dewasa RM2 dan kanak-kanak RM1. Inilah zoo yang tiket masuknaya paling murah yang pernah saya kunjungi. Kebersihan binatang di zoo tersebut juga baik. Akmal dan Adam sempat menaiki bot di tasek zoo tersebut. Kami berjalan melihat binatang-binatang yang ada di dalam sangkar. Antaranya harimau, unta, pelbagai spesies burung termasuk burung merak, pelbagai spesies monyet, arnab, beruang, buaya, ular dan lain-lain. Selepas ke zoo, kami menunaikan solat di masjid Sultan Abu Bakar.
Selesai solat, kami terus ke warung pokok ceri, berhadapan dengan Persada JB, berdekatan dengan Puteri Pan Pacific. Warung ini beroperasi 24 jam dan menghidangkan pelbagai makanan negeri Kelantan. Kuih Muih seperti lompat tikam, pulut panggang, puding caramel dan lain-lain kuih tradisi kelantan ada dijual. Saya membungkus pulut panggang, buah melaka dan pulut berinti pisang di dalamnya. Pulut panggang di sini sangat enak... Tak cukup rasanya....
Selepas makan, kami bercadang ke destinasi yang terakhir kami iaitu pusat kraftangan MAWAR. Tujuan kami ialah untuk membeli sedikit ole-ole selain coklat yang dibeli di The Zon. Disebabkan hujan turun dengan lebatnya dan kedai kraftangan yang dicari rupanya di tempat lain, kami batalkan sahaja niat untuk membeli ole-ole di pusat kraftangan itu. dalam pukul 3:30 kami bergerak pulang ke rumah abang Mansor di Senggarang Batu Pahat. Jalan menuju lebuhraya Skudai juga sesak. Selamat tinggal JB. Tak puas rasanya berada di JB. Perjalanan ke Senggarang, Batu Pahat diteruskan dan kami tiba di Ayer Hitam pada jam 7:00 malam.
No comments:
Post a Comment