Sunday, December 30, 2018

Cara menyimpan wang untuk bercuti ke luar negara

CARA SAYA MENYIMPAN WANG

Idea untuk melancong ke luar negara bermula dari tahun 2016. Sebagai hadiah kepada anak sulung yang selesai menghadapi peperiksaan SPM. Kami sekeluarga, ibu saya, ibu dah ayah mertua bercuti ke Bali. Kami semua buat passport untuk 5 tahun di mana akan tamat pada tahun 2021. Ketika itu kami menggunakan wang yang saya dan suami simpan untuk kegunaan pelbagai terutama untuk kos percutian di dalam negara. Alang2 dah buat passport selama 5 tahun, kami decide nak melancong setiap tahun.
Memang banyak cara untuk menyimpan wang. Tapi kita pilihlah cara yang sesuai. Cara saya mudah aje.. Yang pentingnya disiplin..okay..
1. Tetapkan amaun yang kita dan suami mampu untuk contribute setiap bulan. Kami tetapkan RM300 seorang. So sebulan kami dah boleh simpan RM600. Kalau setahun pula RM7200
2. Simpan dalam envelope dan JANGAN sekali2 ambil okay. Kalau nak simpan dalam bank pun boleh. Jangan lupa catatkan Tarikh transaksi wang keluar/ masuk ke envelope tersebut
3. Kalau ada duit lebih atau dapat BONUS ke, bolehlah tambah sikit simpanan tu..
4. Dah boleh bercuti ke luar negara…

Untuk makluman, kos ke luar negara terutamanya negara Asean, tak la mahal sangat. Pengalaman saya, purata kos ke Bali, Brunei lebih kurang RM1000 seorang. Kalau ke Vietnam pula, lebih murah tapi jadi mahal sebab banyak SHOPPING... Hehe
CARA SAYA MENYIMPAN WANG 2.0

Kaedah menyimpan wang saya di atas, saya UPGRADE iaitu bukan sahaja untuk kegunaan melancong ke luar negara, tetapi untuk kegunaan lain. Saya namakan kaedah SAMPUL. Saya baca buku dari beberapa pakar kewangan dan saya laksanakan sekarang. Caranya spt di bawah
1. Sediakan 5 sampul surat terpakai. Setiap satunya tuliskan kategori perbelanjaan yang setiap bulan/ tahunan akan anda gunakan. Bilangan sampul terpulang kepada kita.
2. Tuliskan kategori perbelanjaan. Saya kategorikan kepada pertama, Maintenance Kereta (Rod Tax, Insurance etc, kedua ; Perbelanjaan sekolah anak2, ketiga; Belanja makan2 dan birthday, keempat; Belanja Balik kampung dan kelima; Sedekah atau Infaq
3. Jumlah contribution setiap bulan perlu dikira. Caranya, anggarkan perbelanjaan setiap kategori setahun, kemudian bahagikan dengan 12. Jumlah tersebut ialah jumlah bulanan yang perlu dimasukkan setiap bulan. Masukkan amaun tersebut pada hari gaji tanpa gagal..Discuss dengan pasangan. Amaun boleh dibahagi 2 jika kedua2 setuju untuk contribute..
4. Jangan lupa catatkan Tarikh transaksi wang keluar/ masuk ke envelope tersebut.
5. Gunakan wang dalam sampul tersebut mengikut kategori yang telah kita pilih... Senang kan..

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment